Yesterday, sempat jugak aku curi sedikit "me time" to meet with Adi. Dalam entry yang ni, aku sibuk menghantar dia kat airport, now she's on her semester break, so dia balik sekejap di samping ada agenda lain yang nak diuruskannya.
Dengar cerita Adi about studying life kat Australia menyebabkan niat aku nak sambung Master yang hampir terpadam tu menyala-nyala balik. Yerla, dalam keadaan sekarang nih, if you only have Degree, tak ke mana perginya, especially dalam perkhidmatan Kerajaan ni. Jangan terkejut kalau kerani yang korang biasa berurusan buat pasport, buat ic satu hari nanti semuanya ada Master!! Sekarang nih pun, kerani yang dah ada Degree melambak-lambak dah.
Anyway, kalau aku further study pun, aku buat local sahaja. Memanglah orang kata rugi tak buat di oversea, sebab kalau aku dapat, semua fully sponsored by Government! Gaji jalan, pastu elaun belajar pun dapat..pergghhh...tapi aku kena be fair dengan encik suami. If aku pergi, dia kena ikut and dah sah-sahla kena berhenti kerja kan? Takpela..mungkin rezeki aku kat sini kut.
Tapi yang menyebabkan aku tersengih lepas balik jumpa Adi bila dia kata aku memang nampak sedikit kurus. Happy la, sebab bukan senang oi orang nak puji aku sudah slim ni. Tak sia-sia aku consume USANA... :D
No comments:
Post a Comment