::Sebab Protokol, dah "terbeli" plak baju baru..::

Orang selalu kata protokol itu menyusahkan. Tetapi bagi aku yang dah biasa bekerja dengan protokol, ianya lebih merupakan memberikan penghormatan kepada yang berhak. Even dalam family kita pun sudah ada protokol sendiri, contoh kalau orang tua duduk kat lantai, yang muda jangan gatal-gatal nak duduk atas kerusi. Itu kira protokol la kan?

And part of protocol is mematuhi sebarang dresscode atau tema sesuatu majlis. Sebab tu bila tengok Natrah kat Istana Budaya, bila aku nampak orang memakai jeans, sehandsome mana pun kamu, secun mana pun kamu, aku terus anggap dia takde protokol. Yerla, dah sah-sah dalam website IB dah tulis, jeans are not allowed. Apa, kalau sehari tak pakai jeans mati ke??

Eh, sudah terlari topik plak.

Anyway, aku ada function di opis. Functionnya kecik saja, melibatkan ahli-ahli wanita sahaja. Aku dah lama received kad jemputan, tapi hari nih baru nak bukak baca. And to my surprised, ada plak warna tema, mesti baju berwarna merah jambu atau ungu atau campuran kedua-duanya. Yang aku plak memakai baju hijau tanpa secalit pun ada warna merah jambu atau ungu.

Apa lagi, tanyalah pandangan kengkawan kat FB aku..

Seperti yang dijangkakan, ramai yang kata belasah aje. Pedulikkan sama warna-warna itu.

Tapi in the end, aku telah membeli jugak sepasang baju kurung moden yang mix colour ada pink, purple, biru, hijau, white...janji ada la jugak pink and purple.

See, aku tak sampai hati nak merosakkan majlis. Takpela, baju nih boleh pakai lama kan? :)

2 comments:

shahsulong said...

ha ha ha ha. termakan racon jugak :D

true. once protocol being drummed into yr head, definitely going to stay! yg penting tak rosakkan majlis orang kan?

akak, saiz baju sudah makin kecik kan?

Aida Manap said...

true..true...dulu malas nak beli ready made baju sbb takut tak muat at "certain part" tapi now sudah nuat..yeay!!!