Hari tu sempat mengulang tengok dvd haram Sex and The City. Bila part Mr. Big buatkan walk in closet for Carrie (ye ke nama dia, sudah lupa) I was sooooo jealous!!! Kalaulah rumah aku sebesar itu!!!
Tapi dalam hidup nih apa yang kita nak mungkin tak dapat. Walaupun rumah PJ nih dah jadi hak milik kekal aku, tapi memandangkan rumah mak ayah kat Melaka tak siap (err, belum start buat pun lagi..) maka rumah nih masih penuh dengan barang-barang mak ayahla.
Jadinya, aku dan encik suami hanya boleh mendecorate bilik tidur sajalah. Dan dengan bilik tidur yang saiznya 12" x 10 1/2", maka kekreativitian aku ngan encik suami pun terserlahlah untuk menggunakan segenap ruang yang ada. Kredit jugak untuk Ikea sebab ada sesetengah idea tu cilok idea Ikea, barang je carik kat kedai murah sikit..hehehe
Yang nih asalnya tempat gantung tie. Tapi aku ubahsuai buat tempat gantung shawl, jadi senang, kalau nak beli shawl pun dah tau kaler yang dah ada. Bought @ Ikea.
Rak nih aku letak betul-betul di bawah tempat gantung shawl tu. Sepatutnya dia standing, tapi disebabkan kekreativitian encik suami, maka rak berdiri tu dibaringkan, jadi dah ada ruang tambahan letak segala mak nenek atas tu. Tengok, stok USANA sentiasa ada..Rak ni made from Carrefour
Next to tempat gantung shawl tu, pun ada tempat gantung bag. So, takde la bersepah-sepah bag kat lantai. Yang nih khas gantung bag yang selalu digunakan je. Yang jarang guna, dah masuk dalam container lain.
Belakang pintu pun boleh digunakan kalau tempat tak cukup. Kitaorang saja taknak gantung apa-apa kat pintu, sayang. Instead beli tempat penggantung yang boleh sangkut je kat daun pintu tu, takyahla nak tebuk pintu. And encik suami tambah self closer ala-ala office. Penggantung tu beli kat Hauz and self closer tu beli kat hardware store.
Penggantung nih pun beli kat Ikea. Khas untuk letak benda mengarut yang lain, belt la, skipping rope la, topi beli kat langkawi la, socks encik suami la...kan ke senang, jimat tempat..
No comments:
Post a Comment