::MARI MAIN NOMBOR PART 2::

Hohoh...telah berjaya mengkatamkan buku teknik mengenal nombor tu sehari sahaja.
Aku nih bukan boleh dapat benda-benda baru macam nih, dapat je terus buat. Lepas tu sekejap je fed up terus tinggalkan. Teruk kan?

Well, setelah dikaji dan diteliti, mungkin apa yang dinyatakan dalam buku tu berkenaan diri aku benar, tapi mungkin ada yang tidak benar. Sebelum nih pun, ada seorang sahabat sejati aku ada memberitahu mengenai rahsia tarikh lahir kat aku, tapi aku sukar nak percaya contohnya:
"Jodoh anda adalah orang yang berusia dari anda" ---> encik suami tua 5 bulan dari aku, kira berusia ke??

Tapi ada jugak kelemahan yang memang aku tak notis, bila ditulis dekat situ, barulah perasan...laaa, memang betul pun ini kelemahan aku, contohnya:
"Anda akan sentiasa bercakap dengan orang yang tidak mendengar menyebabkan akhirnya anda akan membuat kerja itu sendiri" ---> which is true!!!! dulu kat opis lama iye-iye je aku suruh subordinate aku buat, last-last aku buat sendiri..huh!!!

Walaubagaimanapun, kita tak harus percaya 100% mengenai tekaan ini. Dalam Al-Quran pun telah dinyatakan, ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu yang mengbah nasibnya sendiri (cenggitu la lebih kurang bunyinya...). Anyway, it's a good start if you want to revamp yourself untuk jadi yang lebih baik kan?

1 comment:

Miss Faten said...

Kalau jodoh muda pulak mcm mana? Emm.. Dari mula mengenal cinta sampai ke hari ney.. Bf dan exbfs semua muda dari saya.. Kenapa yer? Kesian.. 3 kali bercinta (tp gagal) semua muda dri saya.. Termasuk bf yg sekarang.. Muda 2 tahun dari saya~ Huu~