::Siapa suruh senang kena tipu?::

Nak senang memang susah. Kena kerja keras, berusaha lebih, dan kalau bernasib baik, maka apa yang diusahakan berhasillah. Tapi nak susah memang senang. Kalau pemalas, tapi berharap nak kaya cepat, susah la jawabnya. Kalau senang terpedaya, senang ditipu, lagi senang nak susah.

Aku baru berjumpa dengan individu seperti di atas. Korang nilailah kenapa mereka senang ditipu.

Individu 1
Individu 1 telah terbaca dalam satu blog (lupa plak aku nak amik address dia) berkenaan dengan mudahnya membuat side income kalau join forex (foreign exchange). Lepas tu, ditambah pula iklan yang kat newspaper (kecik je kolum dia) menawarkan kerja dari rumah dengan pendapatan lumayan. Maka individu 1 nih telah terpedaya dan membeli 30 lot forex yang ditawarkan (1 lot harga RM300.00 kalau dah 30 lot, kan dah RM9,000).00. Masalahnya, sebelum duit ditransferkan, bila telefon orang yang bertanggungjawab tu (dalam iklan nama ditulis sebagai Faizal), telefon berangkat. Tapi bila dah confirm duit ditransferkan, telefon terus tak berangkat dah. Yang rugi dan terkulat-kulat adalah Individu 1 tu.

Individu 2
Yang nih pulak telah terpedaya dengan sistem jualan mesin air tu. Syarikat menjanjikan akan membekalkan mesin air yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dalam masa yang singkat. Maka individu ini pun telah mata duitan dan membayar harga mesin tersebut iaitu RM11,000.00. Masalahnya mesin air langsung tidak diterima. Bila diadukan ke KPDNKK plak, semasa pemeriksaan dibuat di alamat syarikat tersebut, didapati ianya palsu dan syarikat tersebut masih tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Hmm....bagi aku, senang cerita. Dedua individu kat atas nih memang tamak dan nak kaya cepat. Senanglah kena tipu. Betul tak?

No comments: