ANTM and AF..sama standard ke?

Disebabkan oleh keboringan, telah membeli America's Next Top Model (ANTM) cycle 11 and 12. Aku sebenarnya nak beli cycle 10, sebab haritu tengok halfway (back to back kat Channel V) tapi tengah syok tengok, encik suami ajak keluar. Lepas tu terus dah tak repeat-repeat. Nak tengok siapa menang.


Dalam diam tak diam, dah masuk cycle 14 rupanya ANTM ni meaning dah 14 tahun dah wujudnya show ni. Tapi yang paling best, walaupun dah 14 cycle, setiap peserta tu memang cun-cun, berbakat and show diaorang every konsep mesti lain.

Masa ni jugaklah aku terbandingkan dengan reality show kat Malaysia ni. So, sebab takde kerja, aku pun buatlah list kenapa reality show kat oversea tu tahan bertahun-tahun, tapi reality show Malaysia ni hampeh aje:

(i) ANTM tu, the way they evaluate peserta, is macam diaorang evaluate model yang dah ada experience walaupun ko join contest tu with zero modelling knowledge. Not like AF, dah minggu ke 7 pun dipanggil pelajar. Manalah tak naik lemak bebudak tu.

(ii) ANTM teach real life of being a model, jumpa orang, buat assignment, pegi go and see untuk jumpa client. AF, takde pendedahan langsung! Bila keluar, terus culture shock pastu buat perangai bebukan. Datang lambat la, tak hafal lagu la. Sebabnya, pendedahan yang diberikan cumalah semasa konsert AF je. Takde pun cara deal with wartawan (guna wartawan betul), or nyanyi kat crowd (dulu je ada sekali si Nubhan gi nyanyi tu kan?)

(iii) Judges ANTM bagi kritikan right on the spot. Kritikan membina. Judges AF, kritik lebih nak tunjuk dia je yang pandai, sebut term2 nyanyian. Guna normal term je tak boleh ke? So far aku suka Hetty Koes Endang kritik, siap ajar cara yang betul lagi.

(iv) Petugas-petugas ANTM pun take serious dengan kerja-kerja diaorang semasa pertandingan. Kalau make up...walla, cantiknya!!! Petugas-petugas AF? "Ala, diaorang ni student baru..baju tak cantik pun takpe..."

Hmm...apa nak dibuat. Produksi mungkin dah cuba sehabis baik, tapi tetap tak dapat menarik minat penonton. Apa-apa hal, balik kang nak borong ANTM cycle 1-10, tak puash hati selagi tak dapat collect semua.

No comments: