Aku pun NIP

NIP. Mana-mana ibu yang breastfeed anak dia, mesti familiar dengan istilah NIP (Nursing In Public).

A few month ago heboh apabila pengacara Galaksi mencemuh seorang artis NIP, seolah-olah menurutnya artis tu tak tahu malu dengan menyusukan anak di pablik.

Personally, aku pun tak berapa suka NIP. Aku prefer menyusukan Encik Anak paling koman pun kat dalam keta la. So far, pernah terpaksa menyusukan Encik Anak kat tangga emergency (ditemani dengan Encik Suami, of course!). Tapi masa tu aku memang tak biasa lagi, walaupun aku bawak nursing cover. 

Tapi sekarang, aku dah boleh handle dah NIP ni. Takde hal la beb. Janji aurat tetap dijaga. *peace yo!!*

Now you tell me, tang manakah yang boleh mendatangkan fitnah sekiranya aku NIP dengan berpakaian tutup aurat macam ni??

5S di rumah

Dulu sangkut tudung pakai penyangkut bulat-bulat yang beli kat Ikea tu. Ingat senang, rupanya lagi serabut. 

Nasib baik dah jumpa penyangkut yang praktikal ni.

Baru perasan, banyak rupanya tudung aku! Tak jadilah nak beli tudung lagi. Huhuhu.

Nota:
Berminat dengan penyangkut ni? Sila email saya di cikcipunz@yahoo.com.

Moo Goo.. I HEART YOU!!

Eczema is a word which I always hear but I never really understand what does it mean. Aku cuma tau ianya macam allergy. Until Encik Anak was diagnosed with mild eczema. 

Rupanya sebab sebelah Encik Suami ada family history of asthma, that's why Encik Anak ada mild eczema. Hmm..

Mari cerita secara bergambar..


Gambar kiri : Encik Anak masih dalam pantang. Muka habis merah-merah, kalau ikut orang tua, ruam susu. Brought him to see paed, masa tu diagnose with mild eczema and was given a cream (aku lupa nama). Bila pakai, terus baik, tapi yang tak bestnya kulit Encik Anak ada kesan hakisan. Terus stop pakai. As usual, mintak bantuan Pakcik Goog, rupanya cream macam tu ada steroid, sangat hazardous for baby! Pakcik Goog bagitau, Moo Goo bagus. Tapi Ya Allah, harga mahal! Takpe, aku lebih sayang anak aku, duit boleh dicari. Maka telah membeli starter pack Moo Goo. Alah membeli menang memakai la bak kata orang tua-tua.

Gambar tengah : Natural parenting diteruskan. Aku try jugak petua mak bagi. Tepung ubi disangai (goreng tanpa minyak), pastu dibuat macam bedak. Tepek-tepek je. Alhamdulillah, pakai 3-4 hari, merah dah kurang dah kat pipi.

Gambar kanan : Encik Anak setahun. Muka dah handsome. Kulit muka pun dah licin. Alhamdulillah, lepas the episode yang belah kiri tu, selepas ditenyeh dengan tepung ubi dan Moo Goo, terus tak naik dah ruam susu kat muka Encik Anak.

Kesimpulannya, tak semua yang doctor prescribe tu bagus ye. Sila buat research tapi keputusan tetap di tangan anda as parents.

TAU FU FA ENCIK ANAK

Ok, entry-entry selepas ni akan mengamalkan konsep micro blogging and homemade baby's food.

Natural parenting katakan...

Kalau sesapa yang minat nak masak sendiri for you baby (after 6 months that is), please..please.. join group HSFFYB ( Homemade Solid Food For Your Baby) kat facebook tu. Banyak sangat info. Dari masuk FB buat keje lagha, baik dapatkan info. Kan?


Baby's tau fu fa
Sangat senang.

Steamed organic soft tofu
Pureed kurma
Sedikit air panas/masak

Encik Anak loves it.

Nota:
Soybean tak elok sangat untuk boy/men sebab boleh menyebabkan kemandulan. Tak caya? Sila google.

BIRTH STORY

Hahahaha!! Sibuk gak nak birth story lepas baca Nuyu's birth story. So, here goes.

23 JAN 2012 - 1st day of CNY
Sudah masuk 36wks 3 days. Important activity on that day was to be at Klang for my BIL's engagement. Thought to stay at home but Encik Suami and MIL insisted me to follow them, risau aku tinggal sorang di rumah. Makanya join jugakla dengan membawa beg hospital, beg baby dan seangkatan dengannya.

Makan separuh tak hingat di Klang. Makan nasi minyak, top up with laksa, plus kuih and fruits lagi. Oh, sekali dengan bubur. Encik Suami geleng kepala je.

Tapi balik tu sangat penat. Tak pernah aku sepenat tu walaupun semasa kursus QA kat INTAN.

24 JAN 2012 - 2nd day of CNY
12am :  Went to toilet to do number one. Bila baring je balik, tetiba rasa ada water gushing non stop. Aku dengan tenangnya kejut Encik Suami kata "water broke already.." Terus ke PPUM, tak terfikir pun nak ke KPMC Puchong. Heheh. Sorry Dr. H!! Not feeling any pain pun masa tu.

12.30am : Masuk Labour Room (LR). Baru bukak 1 cm. Bila doctor tanya contraction, aku pun tak reti nak jawab, sebab tak rasa sakit. Ada kat LR sampai pukul 4am, still 1cm. Doctor tanya nak induce. Aku prefer taknak. Nak balik rumah but not allowed either stay kat LR or masuk ward. Aku pilih warded sebab kesian Encik Suami sengsorang kat luar LR tu. Masih takde rasa contraction.

8.00 am : Sempat snap gambar tagging and hantar ke budak-budak opis. Thought that akan diwarded je sebab tak sangka nak bersalin.
 
 9.00 am : Dah mula rasa sakit and discomfort but still can tolerate. Belagak sket la dalam hati siap cakap, "masa miscarriage lagi sakit". Sempat breakfast roti 2 keping ngan air teh susu tawar kat ward.  Doctor buat wardround datang and check, sudah bukak 4cm. Tolak masuk balik LR. Encik Suami hanya sempat dicall saja to inform nak masuk LR balik.

10.00 am - 2.00 pm : Ok, takyah cerita tentang sakitnya bersalin la ye. Frankly aku pun tak ingat dah. Hehehe. Tapi awal-awal dulu memang fobia la. Alhamdulillah, aku cuma diinduce dan dapat gas entonox ke apa tah. Mintak epidural, doctor tak bagi. Huhuhu. 

2.01pm : Encik Anak mengintai abahnya.. :). Alhamdulillah, besarnya kuasaMu Ya Allah. He was born on 24th Jan 2012 at 2.01 pm, 2.96kg, 36wks 4 day. Doctor kata sedikit premature, tapi sebab berat dia ok, kira ok la.



The only picture of me after deliver.


Mari Kita Memakai (Wear) Our Baby!!!

Aku start dengar babywearing ni masa attend kelas penyusuan kat Susuibu. Masa tu diselitkan sedikit cerita pasal babywearing, tapi I don't give full attention sebab dok concentrate with breastfeeding info.

Tapi selepas Encik Anak keluar, masa aku join group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM), adalah mention pasal babywearing ni, so I did my own research and sememangnya babywearing (mengendong bayi) sangatlah bagus for mother and baby bonding. Aku suka konsep di mana kita masih boleh buat kerja-kerja harian or keluar shopping dan anak kita selamat dalam pelukan kita (ecewah!).

Actually ada banyak cara nak babywearing - sling, SSC (soft structure carrier) and wrap kalau tak silap. Sebenarnya yang dah ready made memang dah ada, macam Pureen, Sweet Cherry, tapi aku tak yakin dengan carrier diaorang (waaupun aku ada dua turun temurun punya) so aku pun bertanyalah pada jumpsacbaby and the owner recommend me SSC. Wallah, terus jatuh chenta!!!


Kat Tesco Damansara. Encik Anak dah 10 mths
Baby wearing di rumah. Encik Anak refuse to sleep tapi bila duduk dalam SSC ni, tak sampai 20 mins dia dah dozed off..

Encik Anak dah setahun. Di Bukit Tinggi. Tak kuasa nak bawak stroller bagai, maka babywearing la kita..