BIRTH STORY

Hahahaha!! Sibuk gak nak birth story lepas baca Nuyu's birth story. So, here goes.

23 JAN 2012 - 1st day of CNY
Sudah masuk 36wks 3 days. Important activity on that day was to be at Klang for my BIL's engagement. Thought to stay at home but Encik Suami and MIL insisted me to follow them, risau aku tinggal sorang di rumah. Makanya join jugakla dengan membawa beg hospital, beg baby dan seangkatan dengannya.

Makan separuh tak hingat di Klang. Makan nasi minyak, top up with laksa, plus kuih and fruits lagi. Oh, sekali dengan bubur. Encik Suami geleng kepala je.

Tapi balik tu sangat penat. Tak pernah aku sepenat tu walaupun semasa kursus QA kat INTAN.

24 JAN 2012 - 2nd day of CNY
12am :  Went to toilet to do number one. Bila baring je balik, tetiba rasa ada water gushing non stop. Aku dengan tenangnya kejut Encik Suami kata "water broke already.." Terus ke PPUM, tak terfikir pun nak ke KPMC Puchong. Heheh. Sorry Dr. H!! Not feeling any pain pun masa tu.

12.30am : Masuk Labour Room (LR). Baru bukak 1 cm. Bila doctor tanya contraction, aku pun tak reti nak jawab, sebab tak rasa sakit. Ada kat LR sampai pukul 4am, still 1cm. Doctor tanya nak induce. Aku prefer taknak. Nak balik rumah but not allowed either stay kat LR or masuk ward. Aku pilih warded sebab kesian Encik Suami sengsorang kat luar LR tu. Masih takde rasa contraction.

8.00 am : Sempat snap gambar tagging and hantar ke budak-budak opis. Thought that akan diwarded je sebab tak sangka nak bersalin.
 
 9.00 am : Dah mula rasa sakit and discomfort but still can tolerate. Belagak sket la dalam hati siap cakap, "masa miscarriage lagi sakit". Sempat breakfast roti 2 keping ngan air teh susu tawar kat ward.  Doctor buat wardround datang and check, sudah bukak 4cm. Tolak masuk balik LR. Encik Suami hanya sempat dicall saja to inform nak masuk LR balik.

10.00 am - 2.00 pm : Ok, takyah cerita tentang sakitnya bersalin la ye. Frankly aku pun tak ingat dah. Hehehe. Tapi awal-awal dulu memang fobia la. Alhamdulillah, aku cuma diinduce dan dapat gas entonox ke apa tah. Mintak epidural, doctor tak bagi. Huhuhu. 

2.01pm : Encik Anak mengintai abahnya.. :). Alhamdulillah, besarnya kuasaMu Ya Allah. He was born on 24th Jan 2012 at 2.01 pm, 2.96kg, 36wks 4 day. Doctor kata sedikit premature, tapi sebab berat dia ok, kira ok la.



The only picture of me after deliver.


No comments: