orang blogging, ko pun nak blog jugak!!!

Ada jugak orang tanya aidamanap, kenapa join blog?

Adakah kerana:
a) suka-suka ikut orang?
b) banyak sangat citer nak bagitau?
c) nak kaya cepat?
d) kurang kasih sayang?

*sila pilih yang mana yang berkenan...*

Dulu when aidamanap baca blog orang, aidamanap tergelak sendiri [siap mengumpat, itu pun nak cite kat orang ke?] tapi bila dah join, baru aidamanap tau, ada byk benefitnya tulis blog nih.. but for me, alasan-alasan bela diri di bawah nihla yg menyebabkan aidamanap still berblogging....

i) kaunselor suruh tulis

Macam aidamanap tulis kat 1st posting, i have issues dekat office lama and counselor yang baik hati itu, Y.M. Raja Kamariah suggest me to write a blog...and wujudlah blog aidamanap nih..

ii) for wedding preparation

Second valid reason why i'm still blogging is because nak jadikan ni platform as wedding preparation. Kira kenangan hari tua nanti kalau anak tanya, "caner mami ngan abah kawen dulu?" bolehla aku bilang, "u go to this website ye darling, i've written everything there..." *huh, berangan kuat...*

tapi sebab pemalas tu lagi menebal, tak jalan jugakla blog untuk wedding preparation nih...gambar kawen pun letak mcm tak berminat je...[tahapahapatah makcik nih...]




iii) updates for pregnancy

Nih pun satu...konon nak jadikan blog ni penuh dengan cite2 as ibu mengandung la macam lady imran , tapi baru nak publish post pasal my first pregnancy, dah miscarriage plak...tapi takpe, hopefully after this i will tell my reader as detail as possible about my pregnancy nanti..okeh??? *kalau rajin..*



iv) place to sharpen my writing (or typing) and imaginary skills, p'haps?

I used to luuurrrvveee writing stories, during primary school, aidamanap siap ada buat novel sendiri [hmmm, mana pegi novel tu skang ek?]. Ala, pakai exercise book yg ada logo sekolah depan dia je tuha....Dulu jugak masa sekolah rendah every year naik kelas, without failed mesti kene tulis pasal cita-cita, ingat tak? Dan penulis termasuklah dalam satu senarai aidamanap..tp sebab tak pernah dilatih, diasah, makin lama makin tumpul sampai dah nak berlumut gamaknya. So, dengan memblogging nih, kononnya bolehla asah balik hobi menulis tu, konon-kononnya la kan... bahasa pun rojak, konon mau jadi writer....

Becoming Health Conscious...

Cheh..tajuk mcm being john malkovich plak..

Aidamanap bertukar jadi health freak nih lepas miscarriage aritu. Doctor at first suspect me ada ovarian cyst [it's just a small cyst but we need to be sure..] Yang aidamanap plak, terpana sekejap...how come? kalau datang menstrual pun tak penah senggugut...

Dalam tgh risau2 tu, aidamanap sempat jugak la mengbloghopping ke blog ni and dalam satu post tu, ada pasal her friend citer yg cyst dia dah kecik when she took the supplement. So, aidamanap pun contactla lady imran, owner of that blog. She explained to me about product from USANA.

And today, aidamanap baru dapat 3 product USANA. Officially i'm one of USANA's user...will blog about USANA when i see the results.. :D

Oh ye...4th september aritu, another check up with Dr. Ali and alhamdulillah aidamanap dimaklumkan yg berdasarkan tumour marker dalam darah aidamanap, cyst tu tak perlu dirisaukan. But i still have to go for ultrasound kat radiology lab to betul2 confirm yg cyst tu tak merbahaya...so, better be prepared by taking and consume USANA dulu..ye tak anak-anak...

kuasa RM1 - part two

Dalam posting yg lepas-lepas, telah dimaklumkan yg antara positive trait (ehem...) yang aidamanap dan encik suami share is menabung, especially duit syiling and duit hinggit (sebutan anak buah aidamanap, haikal...). Baru 3 bulan we share our piggy bank, we managed to buy phillips dvd player (yang lama, i gave to ayah and mak...).

Oh ye, tiga minggu lepas, aidamanap mendapat bungkusan dari satu unknown company, isinya adalah portable sony dvd player. Katanya hadiah percuma sebab apply housing loan dari satu bank yg terkemuka di Malaysia [agaknya..]. Cantik..green colour, cuma mengapa setelah dibeli, baru dpt yg percuma?? KENAPA?? KENAPA?? Eh, sudah lari topik...

Ok, pasal duit RM1....pagi ni selepas sahur, aidamanap mengira tabung yang telah penuh semula. Cadang di hati nak belanja tapi encik suami bagi idea bernas :

ES : Napa nak shopping, duit tu boleh buat benda lain..
AM : Shoppingla...nak raya nih..
ES : Baik duit tu bagi kat bebudak, buat duit raya, tak yah nak tukar2 duit
AM : .........

Nota :
ES - Encik Suami
AM - Aida Manap

Betul jugak...dan disebabkan idea bernas tu, untuk tahun ni akan ada bebudak yang dapat duit kepam berhelai-helai dalam sampul raya..maafkan saya, saya nak tukar duit, encik suami tak bagi....
sampul duit raya tak santek..

kerja la janji ada income...

Semasa saya berkesempatan menjadi panel penemuduga di ipoh dulu, agak kehairanan jugak dengan pemikiran sesetengah calon yang datang. Katanya tak memilih kerja tetapi bila ditanya kenapa tak bekerja? Katanya menunggu kerja dengan Kerajaan [?] memilih jugak la tu namanya...

Jika ditanya, aidamanap tidak pernah memilih kerja. Malah pernah merasa hampir semua kerja kecuali operator pengeluaran dan jugak pump atendant..kalau diberi peluang, mahu juga rasanya.

Pengalaman pertama aidamanap bekerja adalah semasa menunggu keputusan SPM. Masa tu sempatlah kerja dengan Guardian di Jaya Shopping Complex, Section 14 (ye, bangunan yg roboh itu). Teman sekerja masa tu, Hanitah dan Aleysha...sungguh bangga memakai uniform biru, dan sungguh bangga jugak dapat memegang duit sendiri.. :). Tak lama di Guardian, berpindah pula ke syarikat guaman perumahan, Nordin Torji & Yussoff Ahmad di Menara MPPJ (sekarang MBPJ). Kerja sini rileks bangat, menguruskan fail-fail perumahan, tapi gajinya kencang bah...seminggu sebelum kemasukan ke U, aidamanap berhenti untuk merilekskan diri di rumah.

Selepas dari itu, semasa semester break, without failed aidamanap akan kerja..apatah lagi ayahanda bonda dah bagi warning, nak keluar KL, sila pakai duit sendiri, peruntukan tidak diluluskan..huh!!

Aidamanap dah kerja di Mc. Donald (bukan Mc. Curry yer...), Kedai Buku Koperasi DBP, Kilang Kicap Campbell (admin staff), PTPTN (haah, PTPTPu..) dan satu company swasta yag lain (nama dirahsiakan). Alhamdulillah, aidamanap tak pernah menganggur..tp rasanya semua adalah disebabkan oleh tidak memilih kerja...kalau nak harapkan tunggu kerja Kerajaan je, sampai sekarang pun belum tentu...

Adik-adik kat luar tu, jangan memilih kerja...even kalau kerja Mc. D pon, peluang naik pangkat ada....janji berusaha lebih..

New Product Tested

My hair is a mess!!!! I used to love my hair but now, rasa cam nak botakkan aje rambut...remember ekin AF when she shaved her hair sampai botak due to hair problem? I wish I can do that, tp baru cadangkan kat encik suami, jelingan maut yang diterima...huh...

kalau jadik cenggini kan senang

My problem is that rambutku gugur dengan banyaknya...orang kata disebabkan oleh stress, tp mmg stress!!! Tgk rambut pun dah sejemput je, walaupun rambut ku wavy..(nak jugak memuji diri..). Yg tensionnya bila menyapu tgk rambut yg ikal mayang tapi berhelai-helai kat lantai..sedihnya!!!

Nak try yun nam ke, neeta's herbal ke dan yang seangkatan dengannya rasanya amatlah expensive and tak tau keberkesanannya...nak try cara org tua2, guna santan yg dibiarkan semalaman plak, aidamanap dah try dan baunya merudum gitu!!!

So, bila elianto keluarkan new products, iaitu organic olive hair care, aidamanap pun berkobar-kobar le nak try...

Shampoo elianto, conditioner and serum...

I bought the moisturising shampoo, the illuminating conditioner and revilatiling serum. baru guna sekali tp mcm sudah ada perubahan and bau dia...hmmmm...encik suami pun tersenyum gembira...

Lets give elianto a month, kalau ok akan diwar-warkan keberkesanannya...

Berbuka Puasa With Encik Suami

Yesterday was the 1st time me and encik suami berbuka puasa together-gether. Normally, mak, ayah and kerabats yg lain ada (maklumla, duduk with parents)...

Disebabkan semalam cuti Nuzul Quran (selangor je cuti harap maklum!), aidamanap pun telah mengforce encik suami untuk menghantar aidamanap ke opis. Memandangkan balik nanti dia nak amik, so we planned to buka puasa at alamanda aje.

Memandangkan encik suami sampai lambat untuk menjemput aidamanap, so we change plan...beli something light-light kat param (pasar ramadhan putrajaya), pastu solat maghrib kat masjid putrajaya, baru buka puasa kat alamanda. Semalam sempatla beli agar-agar, kaya ball and ayam goreng, tp instead of solat kat masjid, kiteorg buka kat petronas and solat kat petronas jugak. Hmm...good choice sebab takde org langsung....

Kat alamanda plak, dah bukan jadi aktiviti berbuka puasa, tp aktiviti bershopping kat esprit..last-last, makan kat food court je...huh...there goes my dating time!!!!

THIRD QUICK UPDATE

huh...asik quick update je la kan? tp mmg hampir bersawang ice age rupanya blog ini...
azam kene kuatkan lagik nak update blog....*walopon takde orang baca... :)*

so...update pantas sepanjang blog ini bersawang adalah seperti berikut: *macam buat kertas kerja plak..*

confirmed i pregnant...
takyah citer panjangla...

kursus PTK
kalau siapa yg kerja G (sila rujuk balik buku ekonomi asas kalau nak tau G tu apa..), sebut je PTK semua menyampah, termasuk la aku...tp kursus PTK di PICC on 12-20th August mmg different...calon tidak hanya dinilai based on exam tapi ada kriteria lain, which is fair la. Belum tentu org yg theory bagus, practical bagus jugak..
semasa PTK nih la aku notice bleeding aku makin worse. Buat ultrasound kat Klinik Lita Alis pun dia cakap mcm threatened abortion and gave me mc 3 hari for strictly rest in bed...tp after discussing matters with encik suami, aku continue PTK dulu sampai abih, tak larat nak amik semula..

my baby gone...
as expected, abih je exam PTK on the 20th, aku rush balik and tunggu encik suami untuk pegi PPUM. Before that, kene mintak referral letter from Klinik Wong dulu...gedebak, gedebuk, mmg pun miscarriage sudah. Dr. Chong, pakar gynaecology kat wad kecemasan advise me not to do d&c, instead dia kata biar bende tu turun sendiri sebab aku pun baru lagi, dalam 2 mths...

berpantang
apa tu? nope...tak berpantang teruk sangat sbb dah nak masuk bulan ramadhan, kesian mak terkejar-kejar...