Vertigo Datang Lagi

Hari ini aku cuti sakit sebab vertigo aku datang lagi.

Apa itu Vertigo? Bahasa mudahnya, vertigo adalah satu simptom di mana bila dia datang, pengidap dia akan rasa objek di sekelilingnya berpusing dengan laju. Dia tak sama dengan rasa giddiness sebab kalau giddy atau pening, kita boleh tahan lagi. Kalau vertigo, sampai termuntah rasanya. Ianya berkait rapat dengan masalah keseimbangan dalam telinga yang tak berapa nak seimbang.

Aku mula-mula kena Vertigo pada tahun 2008, semasa hari lahirku. Memang masa memula kena tu aku rasa "tamatlah riwayat aku...". Masa tu aku tengah tidur mengiring, bila aku nak pusing je, tetiba aku rasa pening berpusing yang amat melampau. Bila aku bukak mata je, aku tengok dunia berpusing. Tak tahan, aku terus pejam mata and baring stagnant-tak bergerak. Lama jugak aku baring macam tu, tapi rasa tu tak hilang-hilang jugak.

Dahla aku tidur bilik berkunci. Bila rasa pening tu tak hilang-hilang, memang aku tak tahan, sampai kena tepon mak aku bukakkan pintu guna spare key. Muntah tak payah cakaplah, banyak kali jugak la..last-last mak aku tenyeh minyak cap kapak, urut belakang aku, pakaikan koyok, paksa jugak aku tidur. Dapatla aku tidur balik. Bila dah sedar-sedar, memang rasa penat teramat tapi alhamdulillah, pening tu dah hilang. Petang tu bila aku jumpa doktor baru aku tahu yang aku kena Vertigo.

Vertigo ni, dia datang tak kira masa. At least macam pening kepala kamu dah boleh bajet, kalau makan lambat or tak cukup tidur, mesti pening tapi Vertigo ni, kalau dia kena, ya Allah. Tensen yang teramat ok!

Takpela, dah diberikannya cubaan, aku redha je. Dalam menaip-naip ni pun, aku dah mula terasa balik dia nak datang balik. So, time to take some rest balik...

Junior-junior, Cepat Datang Ye....

Orang kata "a picture is worth a thousand words.." Jadinya, azam tahun baru aku, tak kiralah 1432H or 2011 adalah seperti di atas, iatu mempunyai junior-junior. Lagi ramai lagi bagus. Bak kata orang, "the more the merrier"



Moga-moga azam [dan doa] aku ini diperkenankan Yang Maha Esa.



p/s: Untuk reader-reader saya, tolong doakan saya sama-sama ye? :D

Nak kurus..nak kurus...

Everytime when I read article on how to lose weight, selalunya dia akan tulis kene kurangkan liquor, merokok and makan junk food. So, aku pun terfikirla..

1. Aku tak minum liquor (obviously..)

2. Aku tak smoking

3. Aku tak suka makan junk food - dalam fridge no ice-cream, no jajan

So, why susah aku nak lose weight?



But suddenly I remembered...

1. I'm addicted to caffeine...A LOT!!

2. I like red meat!!! Nyamnyamnyam

3. Errr, eating less amount of veggies and fruits
4. Kurang exercise..huhuhu



So, actually takdelah susah aku nak lose weight kan? Kurangkan intake caffeine, red meat and eat more veggies and fruits plus do more exercise, right?



Tapi kenapalah susah sangat nak kurus ni??? Huhuhuhu...

Negative can be a good thing jugak...




Nampak tak amaun-amaun yang perlu dibayar di setiap bil2 tu? Semuanya menunjukkan tanda negatif y'all!!! Suka hati aku sebab bulan November tak yah bayar utility bills..

Kalau la credit card bills aku pun macam ni, blissful!!!!

Wanton Soup

Setelah tak tahu apa nak diblogkan, maka aku pun nak menambahkan resipi simple untuk korang, mana tau korang boleh try. No worries, if I can cook, so do you!! (aik, macam tagline Wok With Yan plak - if Yan can cook so do You!!).

Aku suka makan wanton, especially wanton soup. Tapi kalau pegi kedai, sangatlah kedekut diaorang. Berapa kerat pun dah charge almost RM6++. So, resipi kita hari ni adalah nak buat wanton.


Bahan-bahan
Kulit wanton - beli yang dah siap, kat Tesco and Giant ada. Jangan beli kulit popiah plak
Minced chicken - up to you la nak buat sendiri ke nak beli. Aku beli Ramly's
Bawang besar
Button mushroom

Cara-cara
1. Didihkan air dengan kaki ayam untuk dibuat kuah.

2. Campurkan minced chicken dengan bawang besar dan button mushroom. Seasoned with pepper and salt.



3. Scoop sedikit dan letak dalam kulit wanton. Buat macam pouch so that isi dia tak keluar. Kalau nak makan wanton goreng, dah boleh terus goreng sampai kulit dia crispy.


4. Masukkan wanton dalam kuah sup yang dah mendidih. Wanton tu masak bila dia timbul. Dah boleh terus makan.


p/s: Kalau nak sedap lagi, boleh tambah mix vege. Or boleh tambah isi udang sekali dengan minced chicken. The choice is yours, baby..

YANG DINANTIKAN TELAH TIBA!!!

Yeay!!!! It's time of the year!!!! Ishhh...bukan Y.E.S. la...itu takyah tunggu akhir tahun pun memang sale memanjang...

Yang dinanti-nati adalah PROSPERITY BURGER!!!

So, bagi korang yang memang sama standard ngan aku yang menanti-nanti kehadirannya, silalah menjamu selera sebelum dia cabut lari.

p/s: Kene repeat Prosperity Burger lagi esok jawabnye...nyamnyam...

Basahnya Tidak, Batunya Ada...

Kengkadang apa yang kita plan pada awalnya tak menjadi, kan? Tapi aku memang berpegang setiap yangberlaku ada hikmahnya. Yang Maha Mengetahui tentu ada perancangan mengapa ia berlaku dan sebaliknya.

Perrgghhhh, kalau tengok intro, macam penting sangatlah plannya la kan, padahal nak pergi mandi kat Janda Baik je....yeepp, plan asal aku ngan encik suami adalah nak pergi mandi sungai kat Janda Baik on one fine day (biasala, "rajin sangat", skang baru nak update blog kan?). Kiteorang ke sana atas jemputan mertua adik aku. Maksudnya adik ipar aku (wife kepada adik aku), adik dia nak kahwin...geddit? Tak paham, sudah!!

Anyhooo..plannya lepas kenduri kahwin, nak jugakla berendam barang 4-5 jam kat sungai Janda Baik yang memang diakui belum tercemar. Tapi lupalah plak, skang ni musim hujan, jadi air sungai pun agak deras. Makanya, plan untuk berbasah-basahan (ehem) dengan encik suami tak jadilah...yang menjadi plannya adalah mengutip batu-batu sungai untuk dibuat hiasan taman di rumah.. heh

Oh, aku sangat suka gambar bunga yang kat tengah tu...itu kengkonon prektis amik gambar macam profesional photographer, tapi pakai kamera murahan je. Pastu encik suami jealous, dia pun nak amik gambar ala-ala tu, so semua gambar pepatung adalah hasil kerja dia..