Berpantang tu Pentingla!!!

Dah dekat dua tahun tak masuk blog, rupanya interface semua sudah berubah. Susah makcik nak hapdet tau!! (excuses kalau ai termenyelam lagi dua tahun. Tapi ada orang kesah ke?Hewhewhew)

Ok, intro tidak mencerminkan tajuk. Sila kembali ke dunia yang nyata ye Aida.

Pada aku, as a woman, kenapa kita nak kena sacrifice health kita, konon-konon pantang tu melecehkan? Trust me, aku dah merasa lemah, lemau, letihnya badan tak berpantang masa miscarriage aritu so aku dah insaf.

Aku bernasib baik my confinement lady (CL) boleh dikatakan di pertengahan, moden pun tak, tradisional pun tak. Kira banyak aku dan mak aku belajar petua dan cara baru berpantang with her. Yang buat aku yakin dengan dia adalah sebelum ni dia pun berkerjaya jugak tapi sebab minat dia, maka dia pursue her dream as CL and she pergi tuntut ilmu sehingga ke Jepun sana hokeh!!

Aku tempah CL ni for 2 weeks, which aku rasa berbaloi. Kalau ada duit lebih, memang aku nak amik dia sebulan, tapi apakan daya..huhuhu. Service dia macam biasa la, mandikan kita, urut, tungku, bengkung, mandikan baby kita, tungku baby kita dan nasihat untuk menjaga kecantikan luar dan dalam. Petua dia paling best dia bagi adalah Jus Pegaga dan Air Rebusan Manjakani, Sirih ngan Asam Keping. Tu masuk entry lain ye.. (kes nak banyakkan entry. Hahahaha!!!).  Dia pun boleh dirunding untuk masak food for kita yang tengah berpantang ni.

Oh, nama CL aku adalah Kak Maz. Sesapa yang nak contact no dia, bolehlah mengemail ai ye. (kalau nombor dia x bertukar..) Cuma satu peringatan, skang ni almost semua orang nak pakai CL, jadi please book as early as pregnancy korang masuk bulan ke-4. I did that.

Tuhla,kutuk-kutuk lagi, kan dah jadi student kat situ

Masa aku bekerja di satu agensi kerajaan ni, tugas aku adalah menjaga student dari satu IPTA ni. Aku punyalah menyampah sebab student-student dia memang jenis kurang ajar. Tengok logo IPTA tu je pun kalau boleh tak nak.

As years goes by, aku pun dah terlupa dengan kebencian aku tu. Bila aku nak belajar Master, sibuklah tanya kawan-kawan, untuk bidang aku ni mana IPTA yang bagus. Semua mengatakan yg IPTA yang dibenci tu yang paling bagus. Huhuhu.

Aku pun terpaksalah mengikut pepatah orang tua - sudah ludah, jilat balik (euuwwwww!!!) memohon di IPTA tu, dan kalau dah jodoh, tak ke mana, aku pun ditawarkan di situ..


Maka, jadilah aku student di UPM ini. Dulu memang aku menyampah. Sekarang, sayang gila ngan UPM, walaupun baru satu sem sambung Master di sini. Dengan lecturer-lecturer lagilah sayang sebab bagi aku semua A masa 1st sem. Terus 4 flat you!!

Bak kata adik aku. "ko kenalah dapat result bagus, nak kena cover result teruk ko masa degree.." Cis!

Penat Menyelam, Kita Timbul Plak..

My encik anak during early months..macam baby millenium yang lain, masa 4 days young, sudah kena warded semula sebab jaundice. And kena duduk bawah phototherapy. Kesian anak ibu. :(



My encik anak dah nak dekat2 1 year old. Sudah boleh bertatih, mulut pun dah bising (ikut sapa pun tak tau...). We love you son! Alhamdulillah.


Alhamdulillah,dah penat tenggelam, now it's time nak timbul pulak la..hahahah!! Sedikit malu di situ sebab last entry adalah berkenaan check up 27th weeks. Skali amik ko! encik anak pun dah satu tahun ok!!

Puan Nuyu, this is for you!!!

Check up 27 weeks

Hahah!!!! Kalau dah dasar pemalas tu, pemalas jugak la kan? Memula konon nak update everytime check up, sekali tu masa yang tak mengizinkan, hambik ko!!! Terus 27 minggu!!!

Alhamdulillah, aku masih boleh bertahan dan walaupun aku tak pernah mengandung sebelum ni, rasanya pregnancy aku yang kali ni (berdoa supaya lepas ni ada lagi la pengalaman mengandung lagi...) boleh dikatakan agak senang. Maybe baby ni dah tau, mak dia from bulan November onwards dah memang sibuk.

Anyhooo...last check aku, berat aku adalah sebanyak XX.2kg and katanya berat baby dalam perut adalah 1.2 kg. Sekali tu, check up masa 27 minggu tu, berat aku adalah cuma XX.4kg (yang xx tu masih angka yang sama ye..). Maknanya naik 200 gm sajalah!!! Dr. H pun agak surprised, siap risau kalau aku berdiet, tapi memang aku tak diet, cuma masa pregnant ni selera makan aku memang sedikit kurang. Aku still makan 3 kali cuma nasi tu memang ambil sikit je. Kudap-kudapan pun aku kurang. BTW, masa ni berat baby dah jadi 1.4kg. Maknanya kenaikan 200gm tu bukan aku yang punya, ahmad albab dalam perut yang punya!!!! Heheheheh...

Lepas ni nak cerita experience pergi antenatal class ngan breastfeeding class a.k.a. kelas penetekan. Gila la aku ni, entry dah tunggang terbalik dah...nasib la ye.

Mak bukan kedekut nak...mak cuba menjadi reasonable...

Bila difikir-fikirkan balik, mungkin betul orang kata hanya Yang Maha Esa je tau apa yang baik untuk kita, jadi janganlah berprasangka buruk, kan? Contohnya macam aku, baru sekarang la nampak jalan lurus terbentang luas di hadapan menuju cahaya yang bersinar-sinar di hujung jalan..Cheh, ayat berbunga-bunga!!!

Anyway, orang selalu cerita kalau nak dapat anak first, mak ayah akan over excited, beli macam-macam untuk baby kan? Kekadang tak important pun dibelinya. Dan alhamdulillah, aku tidak tergolong dalam kumpulan tu. Dan alhamdulillah jugak aku ni bukan orang yang branded conscious and so does encik suami.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya walaupun sekarang aku tengah carry my first child, tapi aku mengamalkan konsep, second hand pun takpe. Heh, kedekut kan aku? Nasib baik kakak aku ngan adik aku dah ada baby, so barang yang bulky-bulky tu semua aku pinjam diaorang punya, dari baby cot, stroller, car seat, kerusi makan baby, apa lagi..baju-baju baby pun aku pinjam diaorang. Bukan setakat baju baby, baju maternity pun aku pinjam kakak aku punya. Heh.

Walaupun macam tu, aku takdelah sangat kedekut, hokeh!!! Ada la benda-benda yang aku beli jugak, tapi my main concern adalah untuk masa depan anak aku. Alhamdulillah, aku dah amik polisi insurans for baby dari Prudential. Yang ni memang dia cover baby dari dalam perut lagi. And aku ngan encik suami jugak sebulat suara nak enroll dalam stem cell tu. Ala, yang dia amik darah baby from tali pusat, pastu simpan for future use tu...in case apa-apa dah boleh prepare.

Tapi lain orang lain pandangan kan? Kebetulan aku ni dah ada siblings yang dah beranak kecik. Katakan aku anak sulung, mengandung sulung, memang botak jugakla kepala aku agaknya. Huhuhu

Baby main nyorok-nyorok

Yepp..macam yang aku tulis kat previous entry, aku akhirnya berjaya jugak buat 3D scan. Di mana? Of coursela KPMC Kajang, sebab it's the cheapest and buka malam. Aku booked nak jumpa Dr. Anita at 8pm on Monday night aritu. Ingatkan kalau malam kira clearla hospital kan.

Rupanya hipotesis aku silap (cheh, mementang tengah course Qualitative Analysis..). Kiteorang sampai pukul 8.15 malam, tapi orang punyalah ramai nak jumpa Dr. Anita. Just imagine la, kalau malam, maka anak-anak yang tak berapa nak cukup umur pun ikutla sekali. Berlari sana sini, melompat sana sini, mak ayah boleh tengok je. Demn.

Pastu nak dijadikan cerita, aritu plak ada final bola sepak Malaysia vs Indonesia. Ok, aku tau kau nak tunjuk semangat Malaysia Boleh, tapi perlukah menjerit macam di mapley, sedangkan kau kat hospital. Bukan setakat lelaki, perempuan yang mengandung pun jerit2 sama. Tak paham aku!!!

Turn out, turn aku jumpa Dr. Anita adalah pada pukul 11 malam, 2nd last patient. Muka aku ngan encik suami dah serabai dah, sebab memang datang straight dari office. Pastu, dia godek-godek perut aku guna 2D scan memula, nampak la muka baby sesikit, tapi bila dia tukar 3D scan, tak nampak sangat sebab position baby tak sesuai, dia menyorok bawah placenta aku. And gender pun tak nampak sebab dia kepit rapat. Tapi kata Dr. Anita, 80% mungkin girl.

So, itulah cerita scan 3D aku, apa pun tak dapat, cd ka, gambar ka, siap aku cakap ngan encik suami, dah tak payah buat 3D scan la..aku sudah letih.. heh!!!

Yang penting semua sihat, alhamdulillah. Now kena focus with kelas QA plak. Anoher steps before digelar mahasiswi balik.. *excited*

Another reason to be thankful..

Diam tak diam, dah nak berkulat blog aku ni rupanya.Kena start mengarang balik ni, kalau tidak lari skil mengarang aku. Eh, ada ke?
Apa-apapun atas doa semua orang yang sayang kat aku, alhamdulillah kandungan aku dah nak masuk 27minggu..dah nak 7bulan tu!!
Insyaallah ari ni nak buat 3D scan. Harap-harap dah boleh tau gender..atuk, nyai, tok ngan tok wan dah tak sabar nak tau boy ke girl..