Bergambar Jugak Akhirnya

Aku selalu beranggapan kalau orang suka bergambar ni, orang yang vain. Yelah, pantang nampak benda pelik sikit, mulalah sibuk nak bergambar. Padahal dulu masa student life, memang itu pun kerja aku, bergambar je.

Tu yang masa aku kerja kat opis lama tu, memang takde gambar sangatla walaupun aku memang selalu masuk tempat yang orang lain tak pernah masuk (read : Balairung Seri). Kononnya malu and tak kelas kalau orang nampak aku bergambar kat situ.

Tapi entah macam mana, aku tetiba teringin plak nak bergambar kat Dataran Perdana, Putrajaya. Masa tu terdetik, "ish, kalau aku dah tak keje kat sini, takdelah gambar kenangan lagi dah..".

So, aku pun mintak la tolong sorang office mate to snap my photo dengan berlatarbelakangkan Pejabat PM lepas habis perhimpunan bulanan. Nasib baik aku bergambar kat situ, sebab lepas tu aku terus dapat surat tukar kat KL..heh..


p/s: Abaikan pipi tembam aku tu dan encik S, sori, muka terpaksa dihitamkan..

Tips Beli Wedding Gifts

Cuti sekolah sudah menjelang tiba..sepertimana jugak seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti sekolah memang sangat sinonim dengan musim orang berkahwin. Sesetengah orang panggil ni musim dapat "surat saman". Masa ni jugaklah orang pening nak fikir, hadiah apa nak bagi kat pengantin kan?

Sebenarnya, ada tips yang korang boleh guna kalau nak beli hadiah wedding ni. Kat bawah ni aku listkan some of the tips based on my experience sebagai orang yang pernah terima wedding gifts dan orang yang selalu bagi hadiah kat orang:

1. Nak bagi duit ke nak bagi hadiah? Rule of thumb yang aku gunakan, kalau aku kenal pengantin tu, aku akan bagi hadiah supaya pengantin yang dapat guna. Kalau aku kenal parents/keluarga pengantin tu, aku akan bagi duit, supaya parents dia boleh guna. Kalau my cousin yang jadi pengantin, aku akan bagi both.


2. Beli hadiah yang pengantin boleh guna. Macam mana nak tau? Try to put yourself in their shoes and imagine, "kalau aku dapat hadiah ni, aku guna tak?" Barulah tak jadi kes hadiah kena recycle sebab tak digunakan.

3. Kalau korang keje as PR kat mana-mana company, tolonglah jangan bagi hadiah dari company tu, nampak sangat takde duit ok! Aku bagi tips ni sebab aku pernah terima hadiah kain batik belum berjahit penuh dengan logo company tu. Coincidently, masa adik aku kahwin, orang yang sama bagi hadiah set alat tulis kat adik aku, pun guna logo company tu jugak.. APAKAH??



4. If pengantin tu office mate, lebih elok kalau ramai-ramai kumpul duit pasal tu tanya straight forward, electrical stuffs apa yang diaorang nak..so takdelah pening pengantin kalau bukak-bukak wrapper, dapat rice cooker berjenis-jenis, sampai tak tau nak bikin apa sama itu rice cooker.

Masa aku kahwin dulu, alhamdulillah murah rezeki. Memang banyak stuffs yang aku dapat contohnya:


(a) dinner set, breakfast set, tea set, wine glass, gelas mamak, set cutlery, set periuk, set kuali, steamer, periuk deep fry.

(b) barang letrik plak, paling banyak aku dapat is rice cooker, pastu ada toaster, ada mixer, ada slow cooker


(c) barang-barang lain aku dapat, mangkuk tingkat (i loike, comel!!! ),tupperware , batik mahal, sampin, kain ela, album, frame gambar, tulisan Allah Muhammad, jam, buku keagamaan. Yang paling berguna, hadiah dari kakak aku - dapur gas.


Anyway, aku saja letak pics some of gifts yang aku dapat, bagi idea sikit korang nak beli apa. Tengokla, banyak yang dalam kotak lagi...and thank you kepada yang bagi hadiah...:)


-tengok tu, rice cooker yang belum pakai pun ada 3. Itu pun ada yang aku dah bagi kat mak aku and dah pakai sendiri-

-ini plak stok pinggan mangkuk yang belum habis guna lagi..-


-ada sambungan pinggan mangkuk lagi-

-cadar2 yang belum digunakan dan photo album. Aku dapt 8 cadar, jimat makcik takyah beli...-

Candle Light di Roti Gula

Sugar Bun...maybe kalau orang Semenanjung tak begitu familiar, tapi kat Sabah & Sarawak, top ooooo!!!! Aku memang kalau pegi Kuching or KK, memang tak tinggal la makan Sugar Bun ni..Jadinya berjaya jugak membawa encik suami merasa makan di sana. Mind you, encik suami ni bab makan sangatlah picky. Nasib baik la dia nak jugak makan kat situ. Siap candle light lagi. Jadilah, dari takde bercandle langsung.. heh!


-merasala romantik kejap..-


-dinner yang dipilih, eco fish set, yummmehh!!!-


-10 minutes later...nampak sangatlah lapar bebeno!!-

-Trip to KK-

Alhamdulillah...plan untuk ke Kota Kinabalu with encik suami berjaya jugak dilaksanakan walaupun with short time. Tak kisahla, janji dapat spent quality time with him kan? Yang penting kualiti, not kuantiti...


Anyhooo, eventhough dah berkali-kali aku datang ke KK either because of kerja or leisure, dengan encik suami, I manage to see KK through different perspectives. Yelah, dulu mesti duduk kat Le Meridien or Promenade Hotel (because it's nearer to Filipino Market) and seperti yang dijangka, tempat lepak hanyalah di sana. Tai dengan encik suami, siap round satu bandar KK walking!!!! And takdelah jauh mana pun, aku rasa dari Promenade Hotel tu, nak pusing town KK just takes about 11/2 hr je...

Gambar pun tak snap banyak, sempat ambik kat Pasar Mingguan Jalan Gaya je...enjoy la ek...



-kopi dia yang sangatlah wangi baunya, kalau nak beli, dia akan grind for you on the spot-

Lasagna ku Menjadi...

Asyik-asyik masak lauk Melayu je kan, nak la jugak tunjukkan ketereran masak dish mat salleh. Maka, tanpa sebarang perancangan, aku pun suggest dekat encik suami nak buat lasagna. Since lasagna tu feberet dia, maka on ajelah.

Sebenarnya nak masak lasagna ni tak susah, tapi yang lecehnya nak ke kedai sebab nak beli bahan-bahan dia. Maklumla, kalau masakan Melayu tu, kat dapur ngan fridge aku sentiasa ada stok. Jadinya terpaksalah ke Tesco untuk beli ingredients dia dulu.


Nak buat lasagna ni kena ada 2 sauce, satu meat sauce or red sauce. Sos merah ni lebih kurang macam buat spageti je. Lepas tu dia jugak ada white sauce. Maka, bagi sesapa yang terajin nak buat, resepinya adalah seperti di bawah ye..

SOS MERAH / SOS DAGING
Bahan-bahan:
1/2 kg daging kisar
1 labu bawang besar - potong dadu
6 ulas bawang putih - potong dadu
1 tin kecil tomato puree
Italian herbs
Cendawan butang - potong dadu
Buah tomato - potong dadu

Cara masak:


Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan daging kisar. Apabila daging dah separuh masak, masukkan garam dan italian herbs mengikut citarasa. Masukkan tomato puree dan biarkan masak seketika. Akhir sekali masukkan cendawan butang dan tomato.

SOS PUTIH

Bahan-bahan:
Butter
Tepung gandum
Susu segar
Cheddar cheese - diparut
Serbuk lada hitam

Cara masak:


Cairkan butter, masukkah tepung gandum, masukkan susu segar. Perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali, masukkan cheddar cheese.
*aku guna 3 gelas susu segar, 3 sudu butter, 3 sudu tepung. Ikut citarasa memasing ye..


Ni baru sos ye. Untuk lasagna dia, korang belilah yang kulit lasagna instant ke, yang kena rebus ke, janji kulit lasagna (bukan kulit popia ye...). Nak sediakan, ikut arahan di kotak/pembalut kulit lasagna tu.

Cara menyusun:

Sapukan sedikit butter dekat loyang pembakar. Letak sos merah dulu sebagai base dia. Lepas tu letak kulit lasagna, follow by sos merah, and then letak sos putih. Ini kira complete lapisan. Buatlah sebanyak mana mengikut tinggi loyang korang, janji mesti end dengan white sauce. Sebelum dibakar, taburkan parmesan cheese ke cheddar cheese ke kat atas. Dibakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Taraaa!!! Tak susah kan? Haaa, ada gambar-gambar kat atas tu kalau korang nak tengok...so selamat mencuba!!!

Berhijrah pulaklah kita ye...

Sesungguhnya berhijrah itu satu benda yang dituntut. Hey, Rasulullah S.A.W. dulu pun berhijrah sebelum agama Islam diterima di Makkah, kan?

Cheh, siap cerita berhijrah segala...padahal tukar tempat kerja pun dalam kawasan WP jugak...heheheh..



Apa-apapun, aku sebenarnya bersyukur sangat bahawa permohonan aku untuk bertukar ke tempat kerja di sekitar KL diluluskan. Yepp, officially, 1st September aritu aku dah bertugas di Pusat Bandar Damansara.

Memang banyak advantage aku kerja dekat dengan rumah ni. Yang paling important, time aku tak membazir kat atas jalan. 20 minit je you dari PJ ke PBD tu (7km), berbanding dekat 45mins-1hr from PJ to Putrajaya (45km++). Advantage yang lain, duit minyak, duit tol, duit service kereta dapat melabur ke baby plak (insyaallah).

And yang paling best, jimat duit makan malam sebab berbanding dulu yang aku maybe masak cuma sekali sehari (alasan sampai rumah lambat...), kali ni aku boleh masak everyday plus buat minum petang untuk encik suami sekali..:) takdelah rusty skill memasak aku, heh!!

Walaupun katanya kementerian ni akan pindah jugak ke Putrajaya, tapi takpelah, at least 2 tahun aku merasa kerja dekat ngan rumah. Dan yang paling penting semoga penghijrahan aku ke WPKL ini juga merupakan satu cara untuk aku pregnant nanti...insyaallah..

Gigih mengupdate...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesungguhnya adalah berkat sekiranya setiap perbuatan dimulakan dengan bismillah. Aku baru je baca satu buku tulisan Ismail Kamus mengenai langkah-langkah nak memastikan jin/syaitan susah nak mengganggu kita adalah dengan sentiasa membaca bismillah dalam setiap permulaan perbuatan. Ala, macam cerita Ular Emas tu...

Eh, lari sudah topik!!!! Tapi tak salah ingat mengingatkan, kan? kan? kan?

Anyway, sebab dah kena sergah ngan Angah sebab dah lama tak hapdet blog, maka aku pun gigihkan la jugak menghapdet blog ni, tapi masalahnya, bila dah lama tak hapdet, maka banyaklah ceritanya lalu tak tau mana nak mula..

So, untuk tidak mengkonpiuskan aku mahupun reader, aku sediakan la list update blog ni untuk memudahkan korang:
1. Pindah opis, dari Putrajaya ke KL, jauh tu!!!!
2. Sesi Anjung Seri - bajet terhad, bagaimana nak menghias rumah?
3. Sambungan Taman Herba - khas untuk Ap Bujan, sudah balik ke Malaysia kamu ye...
4. Pengalaman untuk conceive - mungkin untuk aku tak berjaya, tapi untuk korang, berkesan..
5. Aktiviti memasak makanan - kalau rajin, bergambo...kalau tak rajin, resepi jela...
6. Err, kalau rajin, aku selitkan la jugak gambar-gambar raya, but seriously, takde rasanya (bukan photogedik aku ni...)

Okla tu...kira dah cukupla list pengupdatean aku ni...