My everyday life story as a wife, as a daughter, as a sister, as a servant to this country and as your friend....
::Bye-bye 2009, Hello 2010!!!!!::
::Akhirnya Nak Try Jugak Ye::
::Apply Master Lagi::
::Snap Syok Sendiri::
So, hari tu masa spend time kat Mid Valley, dah siap bawak camera sekali. Sudah ku bilang sama encik suami, hajat nak bergambar dekat pokok krismas. Tak kiralah orang tengok ke idak, tapi mesti masa tu pun ramai orang snap-snap gambar.
Sampai ke sudah, memang tak berambik pun. Aku pun bila dah sampai sana naik segan sebab tengok ramai sangat amik gambar. In the end ambik gambar dalam kereta je. Sendiri snap plak tu. Last-last encik suami cakap, "Gambar you penuh yang snap dalam kereta ajerla jawabnya...". Habis tu, bila aku suruh amikkan gambar, taknak...nyampah!!!
-At last..dah berapa kali snap, barulah jadi gambar nih..suka!!!-
Ok, abaikanlah chin yang berdouble dan pipi yang gebu tu ye?
::Eeee...malunya aku!!!!::
So, off we went to Mid Valley. Agak surprised sebab tak ramai orang and parking masih available banyak. Masa Jumaat kitaorang nak ke sana, jem dari Federal Highway lagik. So, memandangkan dedua dah lapar, teruslah tuju ke nando's untuk makan. Encik suami pun takde la nak pegi jumpa RIMAU dulu.
Dah habis makan semua, dengan confidentnya aku mintak bil nak settle. Yerla, nak shopping sakan lagik. Tapi bila waiter dah bawak bil, aku raba-raba dalam beg, Ya Allah, purse esprit aku takde!!! Ah sudah, muka aku dah pucat dah. Yang encik suami pulak ingat aku memain. Waitress tu pulak, pegi tunggu je tepi aku, sampai aku terpaksa cakap kat dia, "Hold on ya, we're not going to pay now."
Aku pun teruslah bagitau encik suami. Yang dia plak memang tinggal RM10.00 je dalam purse dia. Dia tak keluar duit awal sebab kan aku yang nak belanja memula. Ingatkan, lepas makan baru nak jumpa RIMAU. Apa lagi, walaupun aku yang nak belanja, kena la dia keluar mencicit cari ATM. Aku nih buat cover malu, mintaklah ice lemon tea tambah sementara tunggu encik suami balik.
Nasib baik tak ramai orang, kira tunggu dia dalam 8, 9 minit jelah. Tapi terasa paling lama ok!!!! Eeeee..malunya aku!!! Selalu baca dalam buku, tengok cerita kes tertinggal wallet nih bila nak bayar food. Tak sangka terjadi jugak kat aku. Hishhh!!!!
::Cantiknya Sawah Padi::
-Sempat mensnap gambar encik suami-
-lagi gaya melawa tepi sawah-
-encik suami dah tegur, "tak abih-abih ambil lagi gambar?-
Oh, masa nih kitaorang diarahkan untuk amik barang kat sana, tapi sempat posing maut dulu...heheheheh
::Almost 21 Question...::
Dah dapat result SPM, nak sambung belajar kat mana?
Skang nih kerja kat mana?
Haaaa, nih pun satu soalan makan dalam yang wajib dijawab. Dahla mintak kerja goverment kat SPA tak dipanggil-panggil interview, kalau pergi interview puluh-puluh kali plak, tak dipanggil kerja plak. So, kalau ada soalan makcik macam nih, jawab je, "jual gelang e-dymium makcik...mana tau kaya macam AC", lepas tu promote gelang tu yang harga paling mahal kat makcik tu, gerenti senyap dia.
Bila pulak nak merasa nasik minyak kau nih?
Trust me, inilah soalan yang bisa membuatkan ramai teruna dan dara malas nak balik kampung, apatah lagi memang bila usia dah dekat hujung-hujung 20an dan boyfriend pun takde.. trust me!! Tapi aku punya jawapan bagi soalan nih senang je, " Insyaallah lepas raya nanti makcik.." pandai-pandai la dia nak tafsirkan, raya melayu ke, raya cina ke, raya india ke. Lepas tu tahun pun takde...sila isikan tempat kosong ye makcik.
Tak boring ke berdua je, bila nak bertiga plak?
Bila si kenit nak ber"adik?" Sian dia sengsorang takde kawan.
Aduh..ingat ni program Jon and Kate plus 8 ke? Makcik dulu kenapa tak beranak ramai?
Hahahah...guna soalan untuk menjawab soalan yang senang..abis cerita..
Well, kalau korang ditanya soalan macam kat atas ni, take positive je. Macam aku tulis, kalau dia tak sayang dia takkan tanya kan? Dan anggaplah pertanyaan dia tu mungkin satu doa untuk kita jugak kan?
::Siapa suruh senang kena tipu?::
Individu 1
Individu 2
Hmm....bagi aku, senang cerita. Dedua individu kat atas nih memang tamak dan nak kaya cepat. Senanglah kena tipu. Betul tak?
::Misteri atau Gangguan? Part Two::
Menurut my SILs (plural sebab dua orang...), lepas habis kenduri di rumah pengantin lelaki, on the way back to Kajang, pengantin perempuan (merangkap another SIL of mine) telah mengkonfirmkan bahawa homestay yang kitaorang duduk tu memang ada penunggu. That's whyla tuan rumah tu jadikan rumah tu as homestay je, dia pun tak duduk situ.
And sebenarnya most of family pengantin lelaki tau kecuali pengantin lelaki tu sendiri. Tapi dah takde rumah kosong nak dibuat homestay, maka kenalah jugak duduk kat rumah tu.
Perrgghhh...nasib baiklah aku tak kena kacau kawkaw punya. Yerla, memang pukul 3 pagi tu baaaaiiikkkk punya aku pegi toilet, sempat tengok cermin dalam toilet lagi. Lepas tu, aku tidur bawah, nasib baik la takde keluar apa kebenda dari bawah katil tu tarik aku macam cerita congkak ke apa ke.
Tapi aku rasa benda tu cuma nak menguji je kutt...ataupun sebab MIL awal-awal dah baca yaasin, tak boleh la dia nak kacau kan?
::Bad Hair Day? Sekarang tidak lagi!!!!::
Aku plak, yang cukup aku angin kalau pepagi nak pakai tudung, masa tuhla brooch tak cukup set. Lagi tambah angin kalau brooch bertatahkan permata tak kiralah dari Sabah ke, Korea ke, atau brand Avon ke, Tiffany ke, tapi bila nak pakai, dah tertanggal mata dia, terus jadi cacat. Sangat angin ok kalau pepagi ada masalah macam nih.
Brooches dibeli semasa hari Iqra' di pejabat aku, 5 for RM10.00
::Serupa tapi aku punya lebih cantik..heh!!::
Aku dah hampir-hampir menekan button "Add to Cart" bila aku tertengok harga dia, RM145.00 and brand Korea ke Jepun mana tah. Bila dah macam tu, aku terus la email Adi since she's going back to Malaysia and memandangkan overseas sekarang tengah gila-gila sale for Christmas, aku mintak dia carikkan bag lebih kurang macam tu, and hopefully it's cheaper. Kalau cheaper baru aku beli.
:: Misteri atau Gangguan?::
::Ubah Design Baju La Plak..::
Lebih kurang cenggini la design baju tu. Pic courtesy of berita harian
::Sebab Protokol, dah "terbeli" plak baju baru..::
Seperti yang dijangkakan, ramai yang kata belasah aje. Pedulikkan sama warna-warna itu.
Tapi in the end, aku telah membeli jugak sepasang baju kurung moden yang mix colour ada pink, purple, biru, hijau, white...janji ada la jugak pink and purple.
See, aku tak sampai hati nak merosakkan majlis. Takpela, baju nih boleh pakai lama kan? :)
::Ada Complaint? Contactla FMB::
Untuk maklumat lanjut, boleh refer kat website ni :
::MARI MAIN NOMBOR PART 2::
::Mari Main Nombor::
::Takde Tajuk::
::Kreatifla Kamu, Di mana Jua Anda Berada::
::Dah nama pun bertudung, fesyen pun kena la improvise::
Waahhh, kalau digayakan dengan jeans ke, slack licin ke, pakai plak heel tinggi sikit..perrgghhh!!! Terus lupa dah jadi isteri orang kan gayanya.. heheh
::Gambar Masa Natrah::
Aku sedang menerai memakai shawl jojet tanpa sebarang awning, and I instantly jatuh chenta dengan shawl jojet colour plain. And because of USANA, muka sudah kecik sedikit.. :D
::Kenapa Kau Datang Jugak??::
::Natrah - Satu Kisah Menyayat Hati::
::Pilih Satu Sahaja::
::Nur Kasih::
Dalam banyak-banyak watak dalam Nur Kasih nih, aku memang tertarik nak relatekan dengan watak Sarah ni. Bukanla...aku bukan macam Sarah tu, tapi aku sebenarnya kagum jugak dengan dia. Okla, memang la dia agak jahat, tapi cara kejahatan dia tu boleh dicover sampai susah orang nak percaya dia yang buat.
::Please La Jangan Tipu Macam Tu - Sambungan::
::Please La Jangan Tipu Macam Tu::
Seperti yang telah dituliskan dalam entry nih, maka setelah bayar semua purchase through online, maka tibalah masa untuk terima pakej. Oh, untuk makluman, mestilah saya akan pilih baju yang saya muat, ye tak? Kalau takde size L, saya akan pilih Free Size. Apa kejadahnya saya nak pilih size yang saya tak muat, betul?? Hari-hari saya terima pakej, dah macam artis plak. And alhamdulillah, baju yang saya beli semua muat, fits me nicely hingga buat encik suami tersengeh melihat saya memakainya.
So, aku dah budget dah, kalau poslaju hari Khamis, since hari Jumaat cuti, maka akan dapatlah parcel hari Sabtu, betul? Tapi sampai hari Isnin next week tunggu tak sampai-sampai, aku pun emaillah, mintak tracking number. And this is her reply, "Hi Aida,I just sent email about ur tracking num. I just post it today because Thurs the courier boy could not make it. Thousand apologies... =)".
Second, bila dah sampai item tu, IT DOESNT FIT ME!!!!!
Aku rasa muka telur nih lagik cantik dari muka aku masa try baju tak muat. Courtesy
Marahnya, tau tak!!! Aku rasa macam nak tukar jadi Incredible Hulk aje!!! Aku beli item tu at the first place, sebab it clearly stated there FREE SIZE. Sebab tuhla aku beli, sekali item sampai, M SIZE!!! Dahla harga dia RM45, tak muat plak tu...kalau ko, ko tak hangin ke?? Kalau aku yang salah tu takpela..
To all people yang buat business online tu, please explain your product precisely. Jangan la tipu customer macam tu. Dari aku nak promote ko kat blog nih terus tak jadi. Aku pun dah email dia telling her that I am not satisfied, aku tak sure la dia nak reply ke idak. Tunggu dan lihat ajela..
::Kesian Adik Izzati::
Aku sempat tanya pendapat seorang bekas guru. Pandangan beliau, memang tindakan yang diambil oleh guru besar itu betul kerana beliau perlu memastikan yuran dikutip setiap tahun. Kalau tidak teruklah kena sound bila audit datang. Lagipun, kalau seorang pelajar dilepaskan untuk tidak payah bayar yuran, akan ada dua-tiga orang yang ambil kesempatan. Beliau juga menyatakan mungkin salah pelajar ini tak maklumkan pada guru besar mengenai masalah tak dapat bayar hutang menyebabkan sekolah tak tahu masalah beliau ataupun mak ayah adik nih memang niat tak nak bayar hutang sebab kalau dibayar secara ansuran, lama-lama mungkin habis.
Aku terdiam bila dengar pandangan tu. Dan aku terfikir, Malaysia dah masuk zaman millenium, masih ada pelajar yang tak dapat bayar yuran sekolah lagi? RM57.00 sahaja plak tu!!! Kalau betul pun adik Izzati tak maklumkan kepada guru besar, apa peranan guru kelas dia dalam hal ni? Takkan la satu kelas ada sampai 100 orang sampai tak boleh keep track siapa yang dah bayar yuran, siapa yang belum??? Aku faham perasaan seorang pelajar perempuan yang tak cukup duit macam Izzati ni. Walaupun dulu yuran sekolah aku sentiasa dibayar, tetapi kalau ada jualan vitagen ke Mc D ke kat sekolah tu, aku memang tak pernah beli sebab tak sampai hati nak mintak kat mak. Dan bila cikgu/kawan tanya, eh tak beli ke..memang malu tak tau nak letak muka kat mana, padahal bukannya berdosa kalau tak beli pun. Macam tu la perasaan adik Izzati nak cakap kat guru besar dia yang mak ayah dia tak cukup duit nak bayar yuran.
Dan yang paling aku terkilan, dalam kes adik Izzati nih, kalau cikgu-cikgu buat kutip derma macam Kelantan buat sorang RM1.00 mesti selesai dah hutang dia. Tak payah banyak la, RM0.50 buat 3 kali pun dah cukup. Come-onlah teacher, Izzati tu pelajar cemerlang, takkan boleh dia dapat 5A kalau tak concentrate dalam kelas, kalau kerap ponteng, timbulkan masalah kat kelas...
Kita pulak jangan tengok skop yang kecil aje, kalau hutang RM57.00 pun pihak sekolah/guru taknak tolong bayarkan, apakah kebarangkalian yang adik Izzati akan ditawarkan masuk sekolah berasrama dan dia terima? Mestilah dia tak nak sebab kos lagi banyak. Maka jadilah sekolah berasrama penuh tu tempat untuk orang-orang kaya menghantar anak dia and dijadikan perlumbaan, anak siapa paling pandai.
Renung-renungkanla, adakah perlu kita sentiasa bekerja mengikut peraturan atau perlu ada budi bicara sesuai dengan keadaan? Tepuk dada, tanya selera..