Cuti Awal Muharam yang lalu, sempat jugak aku menjejakkan kaki ke Kuala Kurau, Perak. Sebabnya menghantar adik ipar aku yang jodohnya tersangkut dengan orang di sana. Menurut ayah aku, kalau penginapan tak disediakan, dinasihatkan aku dan encik suami menginap di hotel kat Taiping.
Nasib baik pihak pengantin lelaki sediakan "homestay". Rumahnya memang cantik, end lot. Keliling rumah ditanam pokok jagung. Rumah ni 3 bilik with 1 toilet. Lagi satu toilet dekat Master Bedroom. Bila masuk rumah nih, lepas baca apa-apa yang patut, I don't feel anything. Yerla, aku nih kekadang bila rasa bulu roma meremang tu, maksudnya ada apa-apalah rumah tu.
Tetapi keesokan harinya barulah masing-masing buka cerita. Memula besan MIL (yang kitaorang panggil Ummi) bukak cerita, dia kata malam tadi dia diganggu. "Benda" tu mengetuk pintu bilik (Ummi duduk bilik belakang sekali), tapi dibuat derk sahaja. Lepas tu gangguan tu terus ke luar la plak, main-main tingkap kat luar. MIL plak sambung, dia kata pukul 3 pagi pun macam tu, tapi bila dia bukak tingkap tengok luar, takde benda pun (beraninya MIL aku!!!). Aku dah kecut, yerla, pukul 3 pagi tu aku ke tandas tak berteman plak. Nasib baik tak kena apa-apa. And then SIL pun menyampuk, dia kata masa dia nak masuk bilik tidur (aku tidur dengan dia...), dia ternampak kelibat warna putih di luar tingkap, tapi dia buat derk je, ingatkan perasaan dia aje..
Akhirnya baru Ummi bukak cerita. Masa dia memula sampai di homestay ni, dia dah inspect dari satu bilik ke satu bilik. Masa sampai di Master Bedroom (katil ditutup dengan cadar putih, tak tahu reason apa), Ummi dah terbau kapur barus. Automatic dia tahu ada benda lain di rumah ni, tapi dia tak bising-bising. Nasib baik jugak MIL baca Yaasin kat bilik tu, so, sebab tu benda tu lari.
Tapi bila lelaki-lelaki inspect keliling rumah plak, diaorang kata mungkin ada orang mengintai sebab ada kesan pokok jagung patah dipijak. Tapi masalahnya, pokok jagung tu ditanam di dalam pagar rumah. Kalau betul pun orang, apa kes pegi ketuk tingkap rumah orang memalam buta plak? Yang Ummi dikacau ketuk pintu bilik tu, takkanlah orang tu masuk rumah tanpa seorang pun sedar kan?
Well, nak kata apa....Benda nih memangla wujud kat muka bumi ni. Dia pun makhluk Allah jugak. Cuma nasib baik la gangguan dia tu lite-lite aje..*dalam hati nasib baik aku tak diganggunya..*
2 comments:
meremang bulu nie haaa
hehehe...aku yg terkena nih, sampai ke rumah meremang bulu romanya...
Post a Comment