Nak Tak Nak Cite La Jugak

Aku cuba mengelakkan untuk berentry pasal kerja, tapi cannot tahanlah!!! I think maybe sebab dah tak larat nak menahan perasaan, so aku kena citer jugak kat sini. Ish...harap-harap takde sapa la yang baca..


Kenapa saya rasa tempat kerja saya sekarang tak best?

(i) Kerja rutin yang SANGGAAAATTT rutin sehingga bukak mata nak pegi kerja je dah terfikir alasan nak mc or EL or at least pergi kerja lambat. ---> dah kira tahap kronik ni, ok??

(ii) Rasa sangat-sangat helpless sebab kerja adalah sebagai posmen tak bertauliah

(iii) Sokongan tak kuat. Kira macam terkontang-kanting buat kerja sendiri

(iv) Tak ada peluang outstation!! Okla, bukan la nak menggedik sangat tapi at least opis lama dulu dua bulan sekali ada jugak outstation. Ini 8.30pg - 5.30ptg, same work, same place, same environment. Bisa mampus aku macam nih!!!!

Dahla...tak boleh bebel banyak-banyak pasal perkara ni...bahaya!! Tapi harap-harapnya aku berjayala melepaskan diri secara berhemah dari sini.. ammiin


I Heart SM(P) Sri Aman, PJ

Wohoooo...tak ku sangka my Alma Mater, SM(P) Sri Aman, Petaling Jaya masuk list the 20 top schools in Malaysia beb!!!!

Okla, to tell you the truth, reason aku masuk sekolah ni pun bukanlah sebab aku nih terer sangat. Yerla, setakat UPSR pun dapat 3A, 1B, aku rasa ada orang lebih terer la dari aku kan? Aku dapat masuk sekolah Sri Aman ni pun sebab PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Petaling dah tetapkan bahawa penempatan sekolah adalah berdasarkan lokasi sekolah dengan rumah pelajar. Maka sebab rumah aku dekat dengan Sri Aman, di situlah aku meneruskan study aku sampai Tingkatan 5.


Picture courtesy of Sri Aman's Website


Memang zaman aku di Sri Aman, aku rasa sekolah nih very much different from other schools. Mengumpat-ngumpat pun tapi lepas keluar dari sekolah and tempuh the real life, baru tahu pendidikan yang dikutip kat Sri Aman tu memang susah nak dapat kat tempat lain. Antara pendidikan sivik yang aku still ingat/kutip dari Sri Aman:

(i) Kalau takde tong sampah nearby, simpan sampah dalam poket baju and only throw away the rubbish at the nearest dustbin---> sangat terkesan, aku masih amalkan benda nih sampai sekarang.

(ii) Sekolah adalah tempat belajar, maka keseragaman adalah penting. Hanya boleh pakai getah rambut, klip rambut and other hair accesories yang kaler dia cuma biru, hitam atau putih ---> sangat betul!!! Sekolah bukan nak melawa. Rimas aku tengok bebudak sekolah pakai hair accesories yang terlebih bling-bling ni.

(iii) Again, untuk keseragaman. Socks and seluar panjang sukan kena pakai yang dijual khas kat Koperasi Sekolah je. Yang ada logo sekolah ---> aku rasa yang nih sekolah aku pioneer. Sekarang nih baru menjangkit ngan sekolah-sekolah lain.

(iv) Setiap kelas ada meja kantin and toilet sendiri. Jadi tanggungjawab sudent kelas tu untuk jaga kebersihan meja kantin and toilet kelas dia ---> yeepppp, mengajar bebudak dia untuk jadi lebih displin and jaga kebersihan.

And I am very thankful aku bersekolah kat Sri Aman nih aku rasa kalau aku masuk sekolah lain, English aku lagi la lintang pukang. And yang paling aku ingat, everytime I went for an interview, when I told them that I was from SM(P) Sri Aman, automatically the interviewer akan comment, "that is a good school!!!" Kembang kuncup hidung aku walaupun aku tak masuk sekolah asrama penuh.

And to conclude, aku rasa kalau sekolah tu bagus, cikgu dia sincere mengajar, tak payah pergi tuition pun student dia dah cemerlang. And yes, aku tak enrol for tuition pun untuk SPM aku but I still manage to score good grades for my SPM.

Minggu Yang Memberangsangkan

Hoh...minggu ini adalah minggu yang paling menggembirakan bagi aku. Walaupun minggu nih bukan minggu cuti, tapi aku berjaya lari dari kerja opis selama seminggu dengan cara berhemah. Macam mana? Apa lagi, pergi kursus la!!! Nasib baik bos approved walaupun kursus ni takde kene mengena dengan kerja aku - yerla, Kursus Pengurusan Perniagaan, related ke?? TIDAK LANGSUNG OK!!!! Dahla kursus seminggu plak tu..25 sampai 29 Januari...


Yang keduanya, kursus ni dibuat di INTAN, Bukit Kiara yang cuma sekangkang kera je dari rumah aku. Ooooh, blissfulnya boleh bangun lambat dan terhegeh-hegeh nak pergi INTAN tetapi masih sempat sampai on time.. eeeee...best!!!


Lepas tu, sambung plak cuti Wilayah... sengeh lebar lagik!!! Tapi yang tak bestnya, plan nak horey-horey ngan encik suami tak dapat dilaksanakan sebab he has to go to Pasir Gudang, outstation...hmm, kena tinggal sorang lagik!!!!

Shawl.Till.You.Drop.

This is a sticky post, scroll down for new entry.

RETRO GROOVY COLLECTION


LE TANGLUNG COLLECTION

LE DOT COLLECTION

CHEETAH COLLECTION


Cantik tak shawl-shawl nih? Well, this is my new and current project at the moment. Aku cuba letak shawl yang aku rasa sesuai dipakai untuk orang yang muka bulat macam aku nih and corak yang vibrant. In terms of price, ada yang RM10.00 each ada yg RM11.00 each. Kalau beli banyak, ada lagik diskaun.

So, if you guys are interested nak tengok new collections, silalah terjah http://shawltillyoudrop.blogspot.com/ or click je kat sebelah tu...

Takde Perasaan

"Wahwahwah...dulu akulah tempat kau meluahkan perasaan kan? Without failed setiap hari ada je 2 entry kau publish kan...tapi semenjak busy ngan bisnes tudung nih, aku pun kau dah tak pedulikan lagi.."


Aku rasa kalaulah blog aku nih bisa berkata-kata, agaknya everytime aku buat blog nih, itulah luahan hati dia kat aku!! Nasib baik jugak blog ni adalah benda bukan manusia atau binatang, so takde perasaan.


Takpela...nama pun tempat meluahkan perasaan kan? Mungkin setakat nih aku takde perasaan, tu yang kurang meluahkan perasaan kat blog nih kan?

p/s: berapa banyak perasaan laaaa...

Merge Photo? Watermark Photo? Tak susah lagi...

Masa memula aku tengok blog-blog lain ada buat watermark, hari-hari aku memekak kat encik suami, "I want to learn how to do that also!!!" -->macamlah orang tu amik IT or Computer Science dulu kan, orang tu amik engineering sajork!

Anyway, after searching high and low (ok, aku nih kengkadang ego sikit, nak buat sendiri tak nak tanya orang..) barulah dimaklumkan yang original photoshop software boleh sampai RM2k. Aku dengar cenggitu, macam what?? Kat internet boleh je aku tengok free download! Tapi tu takpela, sebab aku pun bukan berani sangat nak download2 nih. Sekali virus ke apa ke tak pasal laptop aku lebur.

Jadi telah mengambil langkah drastik dengan menukar Microsoft Vista kat laptop aku dengan Microsoft apa tah (aku nih buta IT sikit) so that senang nak install photoshop pirate sebab kalau Vista tu asyik tak compatible je.

Lepas dah install tu, satu masalah plak. Encik suami bukan diajarnya aku buat, dia tolong buatkan!!! Which aku taknak, aku nak buat sendiri!! Jadi bila encik suami pegi training dia, aku pun dengan bantuan internet, telah belajar sendiri. Bukan setakat watermark, merge gambar pun I sudah tahu sekarang..MUAHAHAHAHHAHAH

Ok, moral of the story hari ni, jangan putus asa. Sometimes you need to change in order to go further. Dalam kes aku, kalau aku berkeras jugak nak pakai Vista, sure tak dapat nak install photoshop pirate, unless aku beli yang ori kan?

p/s: Entry meraban sikit. Aku tengah penat menjuggle bisnes-bisnes ku..

Multitasking or Procrastinating?

From this site, multitasking is define as below:

"Multitasking is the act of doing multiple things at once. It is often encouraged among office workers and students, because it is believed that multitasking is more efficient than focusing on a single task at once. Numerous studies on multitasking have been carried out, with mixed results. It would appear that in some cases, multitasking is indeed an effective way to utilize time, while in other instances, the quality of the work suffers as a result of split attention."

Kenapa tetiba takde angin takde ribut aku mention pasal multitasking pulak? Sebabnya, aku rasa sekarang nih life aku bertambah miserable bila aku bermultitasking ni. Not like before. Whyla? Sebab dah tua ke?

Dulu I used to enjoy doing multitasking tasks. Kengkadang otak dah program untuk buat satu benda, tetiba keluar wahyu lain kena buat benda lain, zaaasssssss...sepantas kilat aku program kan otak untuk buat benda tu pulak. And I think by doing kerja multitasking ni, aku boleh test endurance aku, patient patience aku and furthermore aku boleh test my knowledge based skills ape ke mak neneknye lagikla.

Tapi now I can't take it anymore la..kalau banyak sangat kena buat kerja jumble2 nih, I get so confused, end up aku buat yang tak penting dulu instead the important one!!! Memang affect performance aku sikit tapi nak buat maca mana, saiz otak dah mengecil kutt, or compartment otak dah tak cukup untuk store benda-benda lain.
Or better still terus aku tune mode procrastinating aku....padan muka!!!! Semua kerja aku buat terhegeh-hegeh!!!
Oleh itu, aku la yang kena memprogramkan balik semula dalam otak aku. Hmmm...kena makan more proteinkah???

p/s: Sebut pasal multitasking nih, aku dengar kat Oprah, menurut one of the guest, there is no such thing as doing multitasking job. It is merely you stop doing one work and you start with the other. Once the job has done, you come back to finish your first task.

My opinion : Guest tu mesti bukan perempuan. Macam aku dah bebel dalam entry yang dulu, kat rumah aku selalu multitasking. Buat serentak - tanak nasi, cuci baju, masak. Bukan multitasking ke tu??

Tunangku Isteri Orang

Terkedu aku tengok front page Harian Metro hari ni. Memanglah HM ni champion (bukan chempiang ye..) dengan berita-berita sensasi ni, tapi yang nih aku rasa macam mengarut je. sampai aku pun terfikir, macam nih pun ada ke??

Bagi korang-korang yang agak lost atau berada di lokasi yang susah nak dapat paper/news terkini, front page HM ari ni adalah berkenaan "Tunangku Isteri Orang". Secara ringkasannya, seorang Inspektor Polis terkejut sebab tunang dia, seorang Lans Koperal Polis rupanya isteri orang! Rahsia ni bocor bila rombongan pengantin lelaki yang dah datang untuk majlis pernikahan kat masjid tidak disambut seperti mana biasa. Lepas dah tunggu almost 30 minutes barulah "bakal pengantin perempuan" sms jemput datang ke rumah. Sampai kat rumah pulak, hanya disambut dengan berkain batik dan t-shirt. Pastu terus ajak pengantin lelaki nikah kat Thailand. Oh, maklumat tambahan, mereka dah berkenalan almost 3 tahun dan dah bertunang pun. Berita lengkap sila klik sini.

Pandangan aku, kedua-dua belah pihak pun salah. Yang pihak perempuan tu, apa la sibuk sangat nak kahwin lain kalau masih isteri orang? anak pun dah ada sorang takkan la "terlupa" diri tu dah berstatus Puan, no longer Cik lagi? Kalau betul nak kahwin pun, please, cerai dulu. Dah sah-sah dalam Islam haram.

Yang lelaki pun satu, dah berkawan dengan perempuan tu 3 tahun tapi langsung tak kenal family perempuan tu termasuk bakal parents-in-law sendiri?? Tak pelik ke?? Setahu aku, orang masa dah nak kahwin la lagi nak kenal family sebelah pasangan dia, ini tidak plak. Lepas tu masa majlis pertunangan, takde wakil family perempuan, takkan la family belah lelaki tak query.. ye tak?

Lagi satu yang agak tak logik, dedua pun anggota polis. Ada nombor badan yang unik. And lelaki tu pangkat inspektor. Kalau dia mintak tolong HR Polis checkkan status perempuan tu pun aku rasa dah boleh dah.

Well, apa lagi yang boleh nak dikata? Lepas nih timbullah kes saman kan? Kita tengok siapa yang menang.

Berkawan dengan Dr. Dolittle

I am not an animal lover. Tapi aku nih bukanlah kejam sangat, kalau pergi makan pastu aku nampak ada kucing lapar, aku still bagi makanan. Walaupun sesetengah kedai marah sebab akan kotorkan lantai dia. Kalau kat rumah, ada lauk lelebih tu aku campak2 jugak kat luar untuk stray cats makan.

Berbeza dengan encik suami, dia nih sangatlah animal lover especially cats. Tapi he hates lipas, especially yang terbang-terbang tu. Hahahaha, tak macho jugak you ye, encik suami.. :D

When we lepak at Jogja Guest House, Cherating haritu, kawan encik suami tu ada bela pets. Tapi pets dia not like an ordinary pets. Dia ada musang (nama manja Echang) and monyet (nama manja Nyet). Sangat cute...and dedua ekor binatang ni best friend plak.


-Cantik mata Echang ni. Aku panggil dia pun dah macam kucing, ngiau, ngiau, mana nak menyahut...-

-Nyet moskil orang amik gambar dia..-

Ada one incident happened aritu. While Nyet was busy sleeping, tetiba one of the guest yang duduk kat situ telah menyakat Nyet. Sebab Nyet tidur atas meja tepi balcony bertempat di Tingkat Dua maka mamat tu dah tolak Nyet jatuh. Bedebuk jatuh, pastu punyala bising mulut Nyet marah orang tu. Agaknya maksud marah dia tu, "Celaka punya manusia, aku tidur ko pergi kacau buat apa? Aku gigit hidung ko kang!!!!!" And most probably dengan slang Terengganu sebab dah lama duduk Cherating. Heh.

Nota Kaki:

Saya tak paham bahasa Nyet. Itu cuma imaginasi saya sahaja, bukan alih bahasa secara rasmi. Terima kasih.

Cerita buat navigation bar kat blog sendiri

Aku nih kengkadang pelik sikit. Kalau aku pergi blog orang pastu nampak ada benda pelik-pelik kat blog dia, mesti aku pun nak buat jugak.

Macam masa aku baru nak buat sellnletgo tu, aku tengok banyak blog buat banner sendiri. Aku pun buat la guna mybanner tu. Tapi tak jadik. Huh, tensi aku. Namun begitu, berkat kesabaran, masa aku buat shawltillyoudrop tu boleh plak. Suka...*err, jangan lupa tukar-tukar link ok? :D

Lepas tu untuk shawltillyoudrop tu aku nak buat proper sedikit. Maka aku pun berazam la nak buat navigation bar/menu bar/tab menu, suka ati koranglah nak panggil apa, janji potential customer aku senang nak browse through blog aku.

So, aku pun masuklah tutorial ceera. Nampak senang, tapi bila dah buat, tak menjadi. Click home, memanglah dia pergi kat Home, tapi click Terms and Condition pun yang masuk Home jugak tu apahal? Aku check jugak comment yang orang letak, memang ada jugak bermasalah macam aku, tapi adik ceera tak mereply la plak.

Jadi aku pun telah membrowse through google dan jumpalah blog bloggersentral. Ok, yang nih macam clear sikit sebab bergambar arahan dia, tapi pun macam tak jadi je. Mata aku dah juling-juling dah betulkan html code tu.

Last-last aku pun gunalah approach "andaian". Nama pun budak economics, memang selalu buat andaian kan, jadi aku dah cut paste mana yang aku rasa logic. Kira aku combinekan both instructions from blog ceera ngan blog bloggersentral. And waaallllaaaahhh...sukses you!!!!!

Walopon ala keras kejung menu bar tu tapi takpela, nanti kalau aku rajin aku ammend la...kalau nak tengok hasilnya, jemputlah ke blog shawltillyoudrop aku tu...

Pelancaran Busines Baru Saya

Cukup-cukuplah cerita pasal Cherating tu Aida oiii!! Kalau pergi oversea, seronok jugak cerita, ini Cherating je pun. Dah la tu, takde plak gambar orang surfing yang by the way tak smart pun body diaorang, sekerimping je...macam surf board tu jugak!! Wah, sedapnya kau mengumpat ye, Aida? Actually salah satu reason utama aku nak ke Cherating (beside going for honeymoonla) adalah untuk aku membuat shooting untuk online business baru aku. Tapi disebabkan masalah cuaca, tak jadilah nak shooting, maka aku pun cuma menjadi model di rumah sendiri..






Korang tengoklah muka model dia, sepesen je....hehehe...
Lupa plak. Aku dah start business baru, jual shawl. Okla, yang jual buku tu bukan business, tu nak kasi abiskan semua stok lama.Eh, semua shawl RM10.00 aje. Cheap kan? Kalau minat, order kat website shawl.till.you.drop.

-Mari Melilit-lilit Plak-

Orang banyak kata nak pakai shawl tu susah. Memang pun, aku mula-mula dulu memang pun anggap macam tu. Yerla, belit sana, belit sini. Susah tu. Bila aku tengok Adi pakai kemas je maka aku pun suruh dia ajarkan. Tapi kalau dah dasar pemalas tu pemalas jugakla. Sekejap je aku pakai, terus aku stop. Maka kembalilah semula aku dengan memakai tudung bawal.

Sehinggalah baru-baru ni aku rasa timbul balik pakai shawl ni. Dan kebetulan aku tengok orang pakai senang je. Maka aku pun telah mencuba sekali lagi, kali ni lebih advanced, aku search kat yahootube untuk dapatkan kaedah pemakaian yang lebih canggih and akhirnya memang aku terhooked untuk pakai shawl. Tengok jelah gambar-gambar aku kat bawah ni.

Plain shawl georgette dipakai dengan anak tudung cotton Ariani

Shawl corak dipakai dengan anak tudung syria

Plain shawl georgette dipakai dengan anak tudung cotton Ariani

Plain shawl georgette dipakai dengan anak tudung biasa
Dan kalau orang tanya kenapa aku prefer pakai shawl, jawapan adalah seperti di bawah:
1. Shawls mempunyai banyak colour yang oh-so-gorgeous dan jugak yang bercorak tu memang design dia memang cantik-cantikla.

2. Harga shawl yang murah. Standard harga adalah RM10.00 but it can costs more ikut material.

3. Siapa kata orang muka bulat tak boleh pakai shawl? Tengok je aku, yang penting pandai pilih kain dan inner mesti sesuai dengan muka.

4. Style boleh tukar-tukar. Ikut la kamu nak ada ekor ke, takmo ada ekor ke. Ikut style pilihan hati.


Kenapa plak aku beriya-iya cerita pasal shawl ni ek? Sebabnya, ini jugak ada kena mengena dengan business aku yang akan datang. Tapi sudah lari plan, aku cadang nak launch 1st January, nih dah hari ke-6 dah, cisss..takpe..takpe...akan kuusahakan jugak!!!.
p/s: Dalam banyak-banyak tudung, yang aku tak boleh terima pakai tudung main sarung tu aje. Memangla senang, tapip kalau aku pakai, aku sendiri rasa macam bibik kehormat. Huhuhu

-Cherating Trip - Makan mesti nombor satu!-

Kalau pergi holiday trip, takde gambar food yang menarik kat lokasi tu tak sah. Kat Cherating ni ada beberapa prominet food places yang selera dia serasi ngan aku and family aku.



Kedai : Kedai Kopi Hai Peng
Lokasi : Dekat Town Kemaman, dekat ngan pasaraya apatah lupa nama
Specialty : Konon-kononnya the first kopitiam kat Malaysia ni. Tapi classic kopi O ngan roti bakar dia memang power!!!


Kedai : Nasi Briyani style India
Lokasi : Dekat town Kemaman jugak
Specialty : Rasa nasi briyani dia memang different from yang Batu Pahat punya. Ini lebih rempah. Sedikit pedas.


Kedai : Aziz Satar ke apa tah (sebelah kedai keropok Wawasan Jaya)
Lokasi : Belakang Masjid Geliga, Kemaman
Specialty : Biasala, sini Satar ngan Kopok Lekor ngan Otak-otak la number one.

-Cherating Trip - Jalan-jalan Kat Pantai-

Encik suami I nih pantang nampak air. Mesti nak mandi punya, tak kira la air laut ke, pool ke, sungai ke. Yang aku nih, semenjak dah bertambah matang ehem malas la nak mandi laut ni. Lekit satu, nak kena hangkut segala barang-barang lagi. Jadi, jalan-jalan kat pantai jelah. Tapi hajat encik suami nak mandi laut tercapai jugak, dia pergi sendiri.

So, sambil berjalan di pantai, sambil try teknik mengambil gambar. Sebab takde DSLR, pakai Olympus Digicam pun ok la...

::tumbuhan hutan. Kalau tanam kat umah nih sure cantik::
::masa jalan-jalan kat pantai, aku nampak kayu nih menceracak. So try la teknik ambik gambar close up::
::nih plak teknik ambik gambar close up tapi camera diletakkan di bawah. Boleh tahan..::

::teknik encik suami ambik gambar sendiri. Aku saja nyorok belakang. Nampak kurus sikit. heheh::

::nih teknik ambik gambar shot atas, kasi nampak kurus. HARUS!!! ::

Teruknya eyebag aku!!!! Balik pj je terus aku sambar garnier roll on eye apa tah, nak kasik kurang sikit eyebag tu, not sure working or not.

-Cherating Trip - First Day-

Aku pun tak tau la kenapa kali ni nak pegi Cherating aku excited lebih, padahal dah pernah pergi Cherating pun dulu. And actually Cherating takde apa pun, laut dia pun tak cantik, tapi pegi sini ada rasa macam Bali la agaknya sebab ramai surfer wanabe suka lepak kat sini.

Anyway, entry akan diselang-selikan dengan gambar.


::On the way. Seperti biasa kalau aku yg snap gambar sendiri, haruslah senget kan?::

::Wohooo, Cherating 750m lagi!!! sebenarnya dari simpang nih jauh lagi ok!!::


::Dah sampai yeay!! Tapi wet weather, cuaca mendung je::


::Nihla tempat menginap kitaorang. Kalau korang nak bajet, dudukla guest house ni. Bilik bersih, cuma toilet ala-ala asrama, sharing kat luar tapi pun still tip top condition. Location? Kat Kg Cherating, dekat dengan beach::


::Tengokla tu, ecited nak pegi makan kedai kopi Hai Peng. Dari jauh amik gambar ni. Sekali tu, tutup sebab hari Jumaat. Ciss!!::

::Melentiknya bulu mata I::

Aku ni suka mencuba benda baru. Minat tak minat belakang kira, yang penting kena cuba dulu, dah cuba kalau tak minat tak yah la continue kan?

Bila aku tengok ramai orang asyik pakai bulu mata palsu, aku pun nak try la. Sebab kalau pakai maskara nak clean dia kena thoroughly, kan? Jadi telah membeli la bulu mata palsu MAC dan terus cuba kat rumah. Jenuh I cuba you, tak jadi-jadi, hangin aku satu badan. So aku biarkan jerla dalam drawer, sehingga satu hari aku takde kerja kat opis dan telah mensearch di youtube pasal nak pakai bulu mata palsu nih.

Maka telah berjumpa seorang yang gorgeous di sini, and cara dia pakai tu senang bangat. Balik rumah, excited nak try tu...nak buat surprise untuk encik suami balik dan di bawah ini adalah hasilnya..


::errr...aku pun takut tengok, melentik terlebih!!::

::tadaaa!!! memang darah jawa, sepet habis..::

Ok aku tau, aku pakai tu tak perfect, ada la nampak crooked-crooked sikit. Bukan setakat crooked, memang nampak double bulu mata!! Sebab tu tak berani nak pakai kat luar, pakai kat rumah je dulu. Ni macam kena prektis sampai lenguh tangan nak kasi perfect pakai ni.

-Pening Tak Boleh Tahan, Adehhh-

Last day of 2009, aku saja ambik cuti. Habiskan peruntukan cuti dan konon-kononnya nak settlekan personal things, pegi bank bukak accountla, kemas bilik and rumah la, update blog la...tapi as usual, itu semua angan-angan. Makan tengah hari ngan mak ayah pun dah pukul 3 petang, nak ke bank apanya dah cenggitu, kan?

Note : bila aku cuti, aku memang malas nak drive and akan mengharapkan belas ihsan encik suami/Pak Manap untuk drive ke mana-mana. Tapi hari tu encik suami tak cuti. Pak Manap plak dah bikin hal sendiri, so KIV la nak bukak akaun bank.

Plan ngan encik suami plak, nak ke Cherating aritu jugak. Bertolak dalam pukul 9 malam cenggitu la. Masa keluar ngan mak ayah tu memang aku dah rasa pening, tapi aku tak ambik panadol sebab takut di dalam perut ada isi..ehemm..so, tahan ajerla. Aku siap ambik pesanan encik suami lagi nak masak apa malam tu, sempat dipesannya masak ayam masak merah. Masa shopping barang2 masak kat Carrefour Mid Valley tu aku still tahan lagi tapi by the time sampai rumah (pukul 6 petang masa tu) memang aku tak tahan, baring terus tidur.

Selalunya pening kepala aku ni, lepas baring and tidur dalam sejam dua dia ok. Yang ni, bila aku terjaga memula ok, tapi lepas tu terus sakit bertambah teruk. Aku tak tahan, terus ambik panadol actifast, bukannya makin elok, makin teruk! By the time encik suami sampai rumah, kondisi aku memang dah worse. Aku bukan setakat pening kepala, rasa badan seram sejuk, peluh sejuk mencurah-curah keluar. Muntah plak adalah dekat 3 kali. Aku kena breath guna mulut, and terus lie down kejung aje, tak pusing-pusing sebab kalau pusing, lagi pening. Adalah dekat 3 jam aku macam tu. Yang aku sedar, encik suami tanya nak makan apa sebab dia nak tapau lepas tu dia ambik temperature aku.

Sedar-sedar je dah pukul 10 malam, baru rasa ok sikit. Badan still lemah tapi dah tak pening. Terus encik suami tarik paksa aku gi klinik. Doktor diagnose, maybe perut aku masuk angin, luckily tak demam and blood pressure normal. Kalau tidak, plan nak ke Cherating pun cancelled. And nope, aku tak pregnant. *Sedeh*

Anyway, masa ni barulah terasa kalau betul-betul pregnant camane la aku nak buat kalau everyday sakit macam ni. Aku nih dah la jenis makan ubat punya orang. Sakit sikit memang aku carik panadol, aku bukan macam sesetengah orang boleh tahan sakit takmo makan pain killer konon-kononnya.

Hopefully kalau aku dah pregnant, aku jarang kena sakit-sakit camni. Insyaallah.

-Sherlock Holmes vs Tidur, Tidur Menang!!!-

Korang ingat tak zaman belajar dulu, tak kira lah UPSR ke, PMR ke, SPM ke, STPM ke, diploma ke, degree ke...kalau nak stay up mesti ambik kopi O bergelen-gelen. Kalau tak pun minum nescafe bergelas-gelas. Konon tahan mengantuk. Berjaya tak?

Personally, bagi aku tektik tu amatlah tak menjadinya! Kalau aku ngantuk, minumla kopi O satu kole, nescafe tarik 6 gelas, mesti tidur jugak. Tapi kalau tak mengantuk, minumla susu panas sampai kembung, memang tak tidur jugak jawabnya!!!

Pernah ada satu ketika masa aku ngan encik suami tengah gila bergayut telefon, aku dah ngantuk ya amat ni, tapi tak nak letak tepon lagi (gedik la sangat kan??) sampai aku dah terdoze off sambil gagang tepon kat telinga. Yang aku tersedar bila encik suami tanya aku, "apa yang kasut ainol* tu??". Rupanya aku dah terlelap dan termimpi something related ngan kasut ainol sampai terkeluar perkataan tu kat encik suami. Sampai skang ni dia akan ungkit perkara tu. Huh.

Anyway, aku nak cerita on 30th december aritu aku bermovie-date dengan encik suami. Since both of us tak minat Avatar (tak boleh terimalah cerita orang biru nih...), so end up kitaorang pilih Sherlock Holmes la. Show paling lewat is 11.45pm. Aku bagitau encik suami, lewat tu, dia kerja 31st nanti, kesian la kat dia. Yang aku nih tak kerja, takpela kan..but he said no problem, so Sherlock Holmes lah kami pada 30 aribulan tu.

Masa dinner, memang saja amik nescafe tarik, buat penebat ngantuk kononnya. Memang tak jalan la. Aku rasa aku tengok citer nih, 2/4 aje lepas tu aku dah tidur betul. Bukan setakat tidur-tidur ayam. Tersedar balik bila orang jahat Blackwood tu dah nak mati tergantung sendiri kat jambatan tu. Bangun-bangun je bising tanya encik suami apa berlaku. Nasib baiklah tahap kesabaran encik suami memang tinggi, dia jawablah jugak soalan aku padahal dalam hati agaknya dia cakap, "huh, rugi RM8.00 aku bawak dia tengok movie, tertidur plak dia.."

So, entry kali nih bukanlah pasal citer Sherlock Holmes ye, tapi pasal aku nih yang tak tahan mengantuk. Siapa lagi ada petua camana nak tahan mengantuk??
*Ainol tu geng aku semasa di UUM. Aku pun tak sure pesal nama dia pulak yang aku tersebut masa tu.

-First Entry Dah Kena Quick Update-

First entry for 2010..wooohhhooooooo!!!!

So far life has been good to me, to encik suami and to my family. Insya-Allah berterusan la hendaknya sehingga bila-bila. Aku mulakan entry tahun 2010 ni dengan quick update yang akan diupdate dengan panjang lebarnya dalam entry-entry berikutnya..

1. Cherating and it's surrounding....
Manage to have a short and memorable honeymoon on 1st-3rd January 2010. Getaway kali ni adalah pantai Cherating. I know, I know, korang akan cakap, "Apa ada kat Cherating?", tapi sebenarnya getaway kali ni sambil menyelam minum air. Sambil honeymoon, sambil nak jumpa bestfriend encik suami yang ada guesthouse kat sana.

2. New online business for me
After discussing with encik suami (my piggy bank) and also setelah buat sedikit research, aku decide to do another online business. Okla, yang sellnletgo tu tak boleh dikira online business la. Tu kira aku cuma jual je buku aku yang dah berhabuk ni. Yang online business ni kira better sikitla dari kedai buku aku tu. Heh..

So, nak continue kerja balik. Azam tahun baru la nih, kerja mesti kuat...heh