Korang ingat tak zaman belajar dulu, tak kira lah UPSR ke, PMR ke, SPM ke, STPM ke, diploma ke, degree ke...kalau nak stay up mesti ambik kopi O bergelen-gelen. Kalau tak pun minum nescafe bergelas-gelas. Konon tahan mengantuk. Berjaya tak?
Personally, bagi aku tektik tu amatlah tak menjadinya! Kalau aku ngantuk, minumla kopi O satu kole, nescafe tarik 6 gelas, mesti tidur jugak. Tapi kalau tak mengantuk, minumla susu panas sampai kembung, memang tak tidur jugak jawabnya!!!
Pernah ada satu ketika masa aku ngan encik suami tengah gila bergayut telefon, aku dah ngantuk ya amat ni, tapi tak nak letak tepon lagi (gedik la sangat kan??) sampai aku dah terdoze off sambil gagang tepon kat telinga. Yang aku tersedar bila encik suami tanya aku, "apa yang kasut ainol* tu??". Rupanya aku dah terlelap dan termimpi something related ngan kasut ainol sampai terkeluar perkataan tu kat encik suami. Sampai skang ni dia akan ungkit perkara tu. Huh.
Anyway, aku nak cerita on 30th december aritu aku bermovie-date dengan encik suami. Since both of us tak minat Avatar (tak boleh terimalah cerita orang biru nih...), so end up kitaorang pilih Sherlock Holmes la. Show paling lewat is 11.45pm. Aku bagitau encik suami, lewat tu, dia kerja 31st nanti, kesian la kat dia. Yang aku nih tak kerja, takpela kan..but he said no problem, so Sherlock Holmes lah kami pada 30 aribulan tu.
Masa dinner, memang saja amik nescafe tarik, buat penebat ngantuk kononnya. Memang tak jalan la. Aku rasa aku tengok citer nih, 2/4 aje lepas tu aku dah tidur betul. Bukan setakat tidur-tidur ayam. Tersedar balik bila orang jahat Blackwood tu dah nak mati tergantung sendiri kat jambatan tu. Bangun-bangun je bising tanya encik suami apa berlaku. Nasib baiklah tahap kesabaran encik suami memang tinggi, dia jawablah jugak soalan aku padahal dalam hati agaknya dia cakap, "huh, rugi RM8.00 aku bawak dia tengok movie, tertidur plak dia.."
So, entry kali nih bukanlah pasal citer Sherlock Holmes ye, tapi pasal aku nih yang tak tahan mengantuk. Siapa lagi ada petua camana nak tahan mengantuk??
*Ainol tu geng aku semasa di UUM. Aku pun tak sure pesal nama dia pulak yang aku tersebut masa tu.
No comments:
Post a Comment