Tunangku Isteri Orang

Terkedu aku tengok front page Harian Metro hari ni. Memanglah HM ni champion (bukan chempiang ye..) dengan berita-berita sensasi ni, tapi yang nih aku rasa macam mengarut je. sampai aku pun terfikir, macam nih pun ada ke??

Bagi korang-korang yang agak lost atau berada di lokasi yang susah nak dapat paper/news terkini, front page HM ari ni adalah berkenaan "Tunangku Isteri Orang". Secara ringkasannya, seorang Inspektor Polis terkejut sebab tunang dia, seorang Lans Koperal Polis rupanya isteri orang! Rahsia ni bocor bila rombongan pengantin lelaki yang dah datang untuk majlis pernikahan kat masjid tidak disambut seperti mana biasa. Lepas dah tunggu almost 30 minutes barulah "bakal pengantin perempuan" sms jemput datang ke rumah. Sampai kat rumah pulak, hanya disambut dengan berkain batik dan t-shirt. Pastu terus ajak pengantin lelaki nikah kat Thailand. Oh, maklumat tambahan, mereka dah berkenalan almost 3 tahun dan dah bertunang pun. Berita lengkap sila klik sini.

Pandangan aku, kedua-dua belah pihak pun salah. Yang pihak perempuan tu, apa la sibuk sangat nak kahwin lain kalau masih isteri orang? anak pun dah ada sorang takkan la "terlupa" diri tu dah berstatus Puan, no longer Cik lagi? Kalau betul nak kahwin pun, please, cerai dulu. Dah sah-sah dalam Islam haram.

Yang lelaki pun satu, dah berkawan dengan perempuan tu 3 tahun tapi langsung tak kenal family perempuan tu termasuk bakal parents-in-law sendiri?? Tak pelik ke?? Setahu aku, orang masa dah nak kahwin la lagi nak kenal family sebelah pasangan dia, ini tidak plak. Lepas tu masa majlis pertunangan, takde wakil family perempuan, takkan la family belah lelaki tak query.. ye tak?

Lagi satu yang agak tak logik, dedua pun anggota polis. Ada nombor badan yang unik. And lelaki tu pangkat inspektor. Kalau dia mintak tolong HR Polis checkkan status perempuan tu pun aku rasa dah boleh dah.

Well, apa lagi yang boleh nak dikata? Lepas nih timbullah kes saman kan? Kita tengok siapa yang menang.

No comments: