Orang banyak kata nak pakai shawl tu susah. Memang pun, aku mula-mula dulu memang pun anggap macam tu. Yerla, belit sana, belit sini. Susah tu. Bila aku tengok Adi pakai kemas je maka aku pun suruh dia ajarkan. Tapi kalau dah dasar pemalas tu pemalas jugakla. Sekejap je aku pakai, terus aku stop. Maka kembalilah semula aku dengan memakai tudung bawal.
Sehinggalah baru-baru ni aku rasa timbul balik pakai shawl ni. Dan kebetulan aku tengok orang pakai senang je. Maka aku pun telah mencuba sekali lagi, kali ni lebih advanced, aku search kat yahootube untuk dapatkan kaedah pemakaian yang lebih canggih and akhirnya memang aku terhooked untuk pakai shawl. Tengok jelah gambar-gambar aku kat bawah ni.
Shawl corak dipakai dengan anak tudung syria
Dan kalau orang tanya kenapa aku prefer pakai shawl, jawapan adalah seperti di bawah:
1. Shawls mempunyai banyak colour yang oh-so-gorgeous dan jugak yang bercorak tu memang design dia memang cantik-cantikla.
2. Harga shawl yang murah. Standard harga adalah RM10.00 but it can costs more ikut material.
3. Siapa kata orang muka bulat tak boleh pakai shawl? Tengok je aku, yang penting pandai pilih kain dan inner mesti sesuai dengan muka.
4. Style boleh tukar-tukar. Ikut la kamu nak ada ekor ke, takmo ada ekor ke. Ikut style pilihan hati.
Kenapa plak aku beriya-iya cerita pasal shawl ni ek? Sebabnya, ini jugak ada kena mengena dengan business aku yang akan datang. Tapi sudah lari plan, aku cadang nak launch 1st January, nih dah hari ke-6 dah, cisss..takpe..takpe...akan kuusahakan jugak!!!.
p/s: Dalam banyak-banyak tudung, yang aku tak boleh terima pakai tudung main sarung tu aje. Memangla senang, tapip kalau aku pakai, aku sendiri rasa macam bibik kehormat. Huhuhu
4 comments:
heheh dulu pon sangat jatuh cinta dengan shawl walopon dah tau x brape kena dengan muka. tapi sejak tudung yang pakai sauk tu dah makin fofuler terus melekat dengan tudung tu. ehe
psst:
nak jual tudung lak eaa
salam cikcipunz,
jumpa gak ko akhirnye ye. mcm2 aktiviti ko ye :)
lynn..tuhla, skang jeles tgk org pakai tudung sauk tu, tapi memang la tak sesuai ngan i...kalau pakai, sure husband tegur cam bibik..huhuhu
salam ck,
hehehe...aku aktiviti kecil-kecilan je.. :)
Post a Comment