Merge Photo? Watermark Photo? Tak susah lagi...

Masa memula aku tengok blog-blog lain ada buat watermark, hari-hari aku memekak kat encik suami, "I want to learn how to do that also!!!" -->macamlah orang tu amik IT or Computer Science dulu kan, orang tu amik engineering sajork!

Anyway, after searching high and low (ok, aku nih kengkadang ego sikit, nak buat sendiri tak nak tanya orang..) barulah dimaklumkan yang original photoshop software boleh sampai RM2k. Aku dengar cenggitu, macam what?? Kat internet boleh je aku tengok free download! Tapi tu takpela, sebab aku pun bukan berani sangat nak download2 nih. Sekali virus ke apa ke tak pasal laptop aku lebur.

Jadi telah mengambil langkah drastik dengan menukar Microsoft Vista kat laptop aku dengan Microsoft apa tah (aku nih buta IT sikit) so that senang nak install photoshop pirate sebab kalau Vista tu asyik tak compatible je.

Lepas dah install tu, satu masalah plak. Encik suami bukan diajarnya aku buat, dia tolong buatkan!!! Which aku taknak, aku nak buat sendiri!! Jadi bila encik suami pegi training dia, aku pun dengan bantuan internet, telah belajar sendiri. Bukan setakat watermark, merge gambar pun I sudah tahu sekarang..MUAHAHAHAHHAHAH

Ok, moral of the story hari ni, jangan putus asa. Sometimes you need to change in order to go further. Dalam kes aku, kalau aku berkeras jugak nak pakai Vista, sure tak dapat nak install photoshop pirate, unless aku beli yang ori kan?

p/s: Entry meraban sikit. Aku tengah penat menjuggle bisnes-bisnes ku..

No comments: