Boleh buat ke tidak nih??

Di antara soalan yang saya memang tak tau nak bagi jawapan jika ditanya adalah soalan ini...
"Apa istimewa/kelebihan anda???"
Takkan nak jawab jawapan standard ye tak? Setakat hard working, fast learner, work well under pressure, have good sence of team work..yada..yada..semua org pun akan tulis jawapan nih..
Saya mmg selalu stuck bila disoal soalan ni..kalau org putih, soalan macam ni kacang je sbb diaorg mmg tau market diri sendiri...aku?? mmgla tak tau apa kelebihannya aku nih...huhuhu..
Org pun selalu bagitau, kita tak tau kelebihan kita, org sekeliling kita mungkin tau kelebihan kita..tp bila tanya kengkawan saya, jawapan pun standard...hmmm...
Mengapa saya bertanya soalan ni?? Sebab berdasarkan pembacaan dua tiga buku berkaitan dengan blogging, semua menasihatkan supaya blog ada topik yg relevan untuk menarik minat pembaca...maksudnya, kalau apa yg saya buat ni, mungkin tak dpt menarik minat pembaca sebab takde relevan topik, more on my journal je..
So, saya bercadang untuk membuat entry, entry yang akan fokus mengenai protokol dalam sektor awam mungkin sebab saya ada sedikit pengetahuan, tetapi risau jika ianya boleh dianggap sebagai membocorkan rahsia kerajaan plak [ye ke?]
Siapa blh bagi idea, blh buat ke idak entry pasal protokol sektor awam nih???

No comments: