-Kan Dah Tersalah Cakap!!!-

Orang tua-tua selalu kata, kerana mulut badan binasa. Memang betul la tu!!! Salute la orang tua-tua nih, tak belajar tinggi-tinggi pun kalau keluarkan perkataan, memang bernas kan?

Kenapa aku keluarkan entry nih plak?

Sebabnya aku rasa aku sudah tersalah cakap hari ni dan tak tau caner nak tarik balik...yerla, sepanjang 31 tahun hidup nih, tak penah plak tau ada gear reverse kat mulut nih la kan?

Ini semua gara-gara jemputan kahwin la...selalunya aku tak penah amik pot samada orang nih pegi tak kenduri orang nih atau orang nih dapat kad jemputan untuk orang tu. Tapi tadi sebab terserempak dengan kawan lama (mrs x) aku pun gatal mulut boleh tanya, "eh, pegi tak kenduri anak mr y nih nanti?". Tau apa jawapan yang ku terima??? Mrs x muka surprised cakap, "tak dapat jemputan pun..berapa haribulan??"

Aku dalam hati (demn you mulut!!! kenapa tak reti nak senyap, kan dah kantoi...) tapi senyum pastu kaber, cakap mr y sms mintak alamat je tp kad belum sampai (padahal kad yg cantik dah ada kat umah tuhaaa)

Jadi kesimpulannnya, biarlah bab menjemput-jemput kenduri kahwin nih diserahkan pada keluarga pengantin..takyah la kita nak tolong menjemput..kang tak pasal-pasal kantoi macam aku tadik..huhuhu

No comments: