-Nak Gaduh Balik Umah la Ence'-

Ari ahad aritu memandangkan satu hari dah takde kat umah, so aku dah inform encik suami awal-awal, makan dinner kene kat luar sebab ayam tak sempat defrost jadi tak sempat nak masak ayam masak merah.. [alasan, padahal memang malas..]

Disebabkan dah tak tau nak makan kat mana (for your info, area makan kat PJ nih tak banyak yang best..errm by PJ tu i mean area my house sahaja...) so we headed to uptown untuk makan and kitaorang duduk kat gerai nama Bintang Sue...gerai nih operated by pasangan husband and wife, wife dia chinese and husband dia indian, no wonderla anak lelaki dia macam muka melayu, chindian..handsome!!! <----haaa, dah lari topik tu!!!, encik suami boleh tegur plak...cisss!!!

Kenapa aku boleh ingat nama tu? Semua sebabkan insiden ni..sebabkan gerai nih kat ujung-ujung sikit, so jarangla orang order...yang aku tak boleh terima tu bila the wife marah-marah husband dia tengah-tengah orang and tuduh yang husband dia songlap duit jualan for that day, that's why la sale aritu kurang..yang husband tu boleh diam je bila wife dia tegur...dah la gaduh kuat ok??

And aku pun terfikir la....ko tu dah la operate business makan..pastu depan orang ramai ko nak gaduh-gaduh plak ngan laki ko...kan tak elok tu....lenkali nak gaduh, gaduh la balik rumah nanti ye tak? dahla suara sikit punya kuat..bingit telinga aku..
Kesimpulannya, depan orang kengkadang kita kene hipokrit jugak..walaupun tak suka orang tu, menyampah, gedik, tak reti bahasa (asik menyumpah je dalam hati), tapi depan orang kene la tunjuk kelakuan sopan sikit..tak mustahilkalau ada orang nak meminang kita, terus kensel kalau tau perangai korang macam tu..

No comments: