::Ada Complaint? Contactla FMB::

Apa tu FMB? Kalau F & B tu aku tau la, Food and Beverages. Tapi FMB, aku pun tak pernah dengar.

First time aku dengar pasal FMB ni bila kawan aku cerita pasal masalah yag dia hadapi dengan insurans company untuk kereta dia. My friend insuredkan RM1,600.00 untuk cermin kete dia. Bila cermin kereta dia pecah hari Ahad, dia bawak la tukar pastu claim ngan insurans. Insurans tak nak bayar penuh atas alasan tak pergi kat bengkel dia. My friend tak puas hatilah, sebab hari Ahad, takkanla nak beriya-iya cari bengkel insurans plak kan? So he refer the case to FMB and bila insurans company dapat tau, terus agree nak bayar penuh. Boleh plak ek?

So, aku pun buatlah sedikit research regarding FMB. FMB (Financial Mediation Bureau) juga adalah Biro Pengantaraan Kewangan (BPK). FMB/BPK merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan saluran kepada pelanggan untuk mengemukakan aduan, tuntutan dan pertikaian terhadap penyedia perkhidmatan kewangan yang menjadi ahlinya. Yang uniknya pasal FMB/BPK ni adalah institusi kewangan yang kena mematuhi keputusan yang dikeluarkan, bukannya pengadu. Kalau pengadu bersetuju dengan cara penyelesaian, kes dianggap selesai, tapi kalau tidak, pengadu boleh membawa kes pertikaian ini mengikut kaedah undang-undang plak.
Tapi tak semua isu/kes yang boleh dibawa ke FMB/BPK ni. Kalau kes-kes yang melibatkan kelulusan, itu di luar bidangkuasa FMB/BPK. Yerla, kalau apply loan, pastu tak lulus, PM pun susah nak tolong.

Untuk maklumat lanjut, boleh refer kat website ni :
or website FMB : http://www.fmb.org.my/

Sedikit info sebab we never know bank-bank ni kadang-kadang charge us with unreasonable charges. Kalau ada, bolehla kita buat aduan kat FMB nih.

No comments: