::Almost 21 Question...::

Orang Melayu nih memang ramah-ramah. Orang Melayu jugak suka buat small talk. Dan kalau nampak orang buat sesuatu, orang Melayu jugak akan tegur yang obvious, contohnya dah nampak orang tu menyapu, lagi boleh tegur, "tengah menyapu kak?"

Jadi, kita yang berada dalam kelompok orang Melayu ni, kenalah bersabar dengan perangai mereka yang suka bertanya nih. Kadang-kadang bukan niat diaorang nak menyibuk, tapi itu salah satu cara menunjukkan diaorang sayang. Kalau tak sayang, dia takkan tanya soalan-soalan yang menikam kalbu nih.

Diantara soalan yang memang korang kena hadapi selepas sahaja result SPM keluar, akan disenaraikan di bawah. Susunan soalan mungkin tak mengikut turutan yang disenaraikan :

Dah dapat result SPM, nak sambung belajar kat mana?
Ni for sure soalan wajib yang korang kena jawab. Kalau result power, bolehlah confident jawab, "Dah mohon U kat UK tu, nak belajar sama Nor Amalina, makcik...", dan kalau ditambah dengan riak muka berlagak, mesti makcik tu dah tak tanya dah. Tapi kalau result cukup-cukup makan, jawab jelah, "takpe, sekarang nih kolej banyak, yang penting lepas belajar dapat kerja..."

Skang nih kerja kat mana?
Haaaa, nih pun satu soalan makan dalam yang wajib dijawab. Dahla mintak kerja goverment kat SPA tak dipanggil-panggil interview, kalau pergi interview puluh-puluh kali plak, tak dipanggil kerja plak. So, kalau ada soalan makcik macam nih, jawab je, "jual gelang e-dymium makcik...mana tau kaya macam AC", lepas tu promote gelang tu yang harga paling mahal kat makcik tu, gerenti senyap dia.

Bila pulak nak merasa nasik minyak kau nih?
Trust me, inilah soalan yang bisa membuatkan ramai teruna dan dara malas nak balik kampung, apatah lagi memang bila usia dah dekat hujung-hujung 20an dan boyfriend pun takde.. trust me!! Tapi aku punya jawapan bagi soalan nih senang je, " Insyaallah lepas raya nanti makcik.." pandai-pandai la dia nak tafsirkan, raya melayu ke, raya cina ke, raya india ke. Lepas tu tahun pun takde...sila isikan tempat kosong ye makcik.


Tak boring ke berdua je, bila nak bertiga plak?
Ingatkan dah kahwin takdelah soalan cepu emas lagi kan? Rupanya tidak ye, sebab lepas kahwin memang makcik-makcik nih expect kita nih bunting pelamin. Macam aku dulu, sempatlah berlagak bila aku disahkan pregnant dua bulan, lepas tu dah keguguran, terpaksa la guna alasan rahim perlu direhatkan menurut doktor (padahal doktor tak bagi pun nasihat macam tu, heh..) Agaknya kalau ditanya makcik tu lagi, aku nak jawab macam nihla, "Memang nak baby makcik, tapi tak cukup projek dilaksanakan....", agaknya mesti makcik tu cop aku derhaka, kurang ajar semua gamaknya...

Bila si kenit nak ber"adik?" Sian dia sengsorang takde kawan.
Dah nak kena adakan adik pulak. Budak tu baru la nak besar, jalan pun goyang lutut lagi dah nak suruh adakan adik. Ish...ingat boleh beli ke adik tu kat online store? Takpela, tunggula budak tu besar sikit makcik ek? Kereta pun belum beli yang besar, tunggu dah ada duit ke, nanti saya tukar Grand Livina ke, baru muat stroller bebudak tu nanti..

Kamu muda lagi, buat anak reramai, cukai pun pelepasan banyak
Aduh..ingat ni program Jon and Kate plus 8 ke? Makcik dulu kenapa tak beranak ramai?
Hahahah...guna soalan untuk menjawab soalan yang senang..abis cerita..

Well, kalau korang ditanya soalan macam kat atas ni, take positive je. Macam aku tulis, kalau dia tak sayang dia takkan tanya kan? Dan anggaplah pertanyaan dia tu mungkin satu doa untuk kita jugak kan?

No comments: