::Serupa tapi aku punya lebih cantik..heh!!::

Semasa aku tengah menggila online shopping, aku ternampak satu Large Tote yang ooohhh sungguh cantik!!! White colour and aku terus fall in love. Masa tu dah beranganlah, boleh aku bawak pegi opis letak segala mak nenek dalam tu. Ni sekarang nih, aku bawak bekal la, bawak shaker USANA la, bawak make up bag la semua dalam beg free Seminar 1Malaysia. Tak kelas langsung.

Aku dah hampir-hampir menekan button "Add to Cart" bila aku tertengok harga dia, RM145.00 and brand Korea ke Jepun mana tah. Bila dah macam tu, aku terus la email Adi since she's going back to Malaysia and memandangkan overseas sekarang tengah gila-gila sale for Christmas, aku mintak dia carikkan bag lebih kurang macam tu, and hopefully it's cheaper. Kalau cheaper baru aku beli.

And before she came back, she told me, dapat beli Large Tote tapi taklah serupa macam aku nak, lebih cantik (Silver colour) and it's cheaper. Memandangkan aku nih jenis tak kisah, takdelah tanya apa brand, yang penting it's cheap.

Bila dapat mengcollect bag tu dari Adi, adalah macam tergolek sebab aku tengok brand dia Kenneth Cole Reaction. Waahhh...itu kira memang dah branded la tu. Balik je rumah, aku terus surf website Kenneth Cole and I found the same bag, but different colour.
Kenneth Cole
Shop Around Large Tote
$88.00 (I assume ni USD)

Ok...nih plak bag yang Adi bought for me. She bought it only for AUD$39.90 (tukar RM jadi RM120.00)!!!!!!!!
Sangat puas hati ok!!! Semua boleh sumbat dalam ni, telekung, buku cerita, magazine, suratkhabar Harian Metro..


Nak jugak snap brand Kenneth Cole Reaction tuhla kan?


Aku rasa ular sawa nampak bag aku nih mesti dia nangis teringatkan awek dia yang kena langgar kereta. Mungkinkah ini peninggalan awek dia?

Memandangkan personal shopper aku dah menjalankan kewajipan dengan baiknya, lepas nih bolehlah memesan lagi ek Adi? Tapi takpe, dis time kalau you upkan sikit harga dia pun I don't mind, heheh.

No comments: