::Kesian Adik Izzati::

Dalam kegembiraan budak-budak nih menerima result UPSR, masih ada jugak berita yang tak sedap didengar macam berita yang dikeluarkan dalam Utusan Malaysia nih.

Bagi korang yang tak tau cerita ni, kisah dia mengenai adik Nur Izzati Azahar, pelajar yang mendapat 5A dari SK Tarcisian Convent, Ipoh yang tidak dapat mengambil slip keputusan UPSR semata-mata kerana telah berhutang RM57.00 kepada sekolah. Ayah adik Izzati merupakan seorang pemandu lori manakala ibu adik Izzati bekerja kilang tetapi tidak menentu kerana masalah kesihatan.

- gambar courtesy Utusan Online. Adik Izzati sedang ditenangkan oleh ibu dia-

Aku sempat tanya pendapat seorang bekas guru. Pandangan beliau, memang tindakan yang diambil oleh guru besar itu betul kerana beliau perlu memastikan yuran dikutip setiap tahun. Kalau tidak teruklah kena sound bila audit datang. Lagipun, kalau seorang pelajar dilepaskan untuk tidak payah bayar yuran, akan ada dua-tiga orang yang ambil kesempatan. Beliau juga menyatakan mungkin salah pelajar ini tak maklumkan pada guru besar mengenai masalah tak dapat bayar hutang menyebabkan sekolah tak tahu masalah beliau ataupun mak ayah adik nih memang niat tak nak bayar hutang sebab kalau dibayar secara ansuran, lama-lama mungkin habis.

Aku terdiam bila dengar pandangan tu. Dan aku terfikir, Malaysia dah masuk zaman millenium, masih ada pelajar yang tak dapat bayar yuran sekolah lagi? RM57.00 sahaja plak tu!!! Kalau betul pun adik Izzati tak maklumkan kepada guru besar, apa peranan guru kelas dia dalam hal ni? Takkan la satu kelas ada sampai 100 orang sampai tak boleh keep track siapa yang dah bayar yuran, siapa yang belum??? Aku faham perasaan seorang pelajar perempuan yang tak cukup duit macam Izzati ni. Walaupun dulu yuran sekolah aku sentiasa dibayar, tetapi kalau ada jualan vitagen ke Mc D ke kat sekolah tu, aku memang tak pernah beli sebab tak sampai hati nak mintak kat mak. Dan bila cikgu/kawan tanya, eh tak beli ke..memang malu tak tau nak letak muka kat mana, padahal bukannya berdosa kalau tak beli pun. Macam tu la perasaan adik Izzati nak cakap kat guru besar dia yang mak ayah dia tak cukup duit nak bayar yuran.

Dan yang paling aku terkilan, dalam kes adik Izzati nih, kalau cikgu-cikgu buat kutip derma macam Kelantan buat sorang RM1.00 mesti selesai dah hutang dia. Tak payah banyak la, RM0.50 buat 3 kali pun dah cukup. Come-onlah teacher, Izzati tu pelajar cemerlang, takkan boleh dia dapat 5A kalau tak concentrate dalam kelas, kalau kerap ponteng, timbulkan masalah kat kelas...

Kita pulak jangan tengok skop yang kecil aje, kalau hutang RM57.00 pun pihak sekolah/guru taknak tolong bayarkan, apakah kebarangkalian yang adik Izzati akan ditawarkan masuk sekolah berasrama dan dia terima? Mestilah dia tak nak sebab kos lagi banyak. Maka jadilah sekolah berasrama penuh tu tempat untuk orang-orang kaya menghantar anak dia and dijadikan perlumbaan, anak siapa paling pandai.

Renung-renungkanla, adakah perlu kita sentiasa bekerja mengikut peraturan atau perlu ada budi bicara sesuai dengan keadaan? Tepuk dada, tanya selera..

No comments: