::Kenapa Kau Datang Jugak??::

Orang yang rapat dengan aku selalu tanya, apa perasaan aku lepas aku miscarriage haritu. Frankly, aku sebenarnya tak rasa apa-apa sangat. Yerla, sedih memangla sedih, kalau tak sekarang ni aku dah almost 6-7 months pregnant kut. Cuma masa aku pregnant haritu, memang aku tak rasa macam aku pregnant. No morning sickness, no selera makan bertambah, no penat-penat. Well, itu pun dah tunjukkan tanda-tanda yang kandungan aku masa tu maybe tak menjadi that's why la aku miscarriage.

Dan sekarang nih pun takde la rasa macam pressure sangat, sebab aku nih kan memang slow starter sikit. Among adik-beradik, aku yang kahwin paling lambat, so agaknya pregnant pun lambatla kan? Heheh.

Tapi dalam empat lima hari yang lepas, aku ada perasan sedikit kelainan dengan diri aku. Yang paling aku notice, aku tetiba jadi sensitif, lepas tu selera makan amatlah bertambah. And then kerap ke toilet nak buang air kecil. Pinggang pun dah mula lenguh-lenguh. Lepas tu aku memang penat teramat sangat. Kalau balik office, rasa nak tidur je. (sebab tu blog ni dah kurang diupdate-alasan!!!)

Bila dah jadi macam nih, aku pun search la maklumat and dari site nih, aku dapat maklumat mengenai tanda-tanda awal kehamilan. Lepas tu bila aku check, almost semua aku ada seperti berikut:
1. Rasa lapar yang berpanjangan - confirm
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara - tak sempat check
3. Kerap membuang air kecil - confirm
4. Merasa tidak bermaya - confirm
5. Sakit dan tegang pada buah dada - kadang-kadang
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari - confirm
7. Rasa loya dan muntah - kadang-kadang
9. Missed period
10. Ujian air kencing yang positif

Yang nombor 9-10 tu memang dah sah-sahla hampir 100% pregnant kan? So, bila bagitau encik suami, dedua excited la. Tapi sabar dulu, sebab kitaran haid aku tak sampai lagi. So, malas la nak beli pregnancy test kit tu. Mahal wooo, belas-belas ringgit. Jadi nombor 9 dan 10 tu tak dapat ditickkan lagi.

Tapi, korang nak tau? Itu semua false alarm!!!! 2 hari lepas bendera Jepun pun berkibar dengan cemerlangnya. Huh.

Jadi dengan secara sahnya, azam aku akan bertambah lagi satu pada tahun hadapan, iaitu berusaha jadi mak orang!!!

2 comments:

Unknown said...

hahahaah
adoii
dah eksaited nak type congratulation tadi
hahah
tak pelah. congrates la jugak. peod dah datang~

Aida Manap said...

huhuhu...tenkiu..tenkiu..
bagus plak period dtg masa akak plan tgk natrah tu, takdela terkejar-kejar berebut solat kat surau IB tu...hehehehe