::Tips Menegur Orang::

Eh, haritu dah janji nak bagi tips cara tegur orang yang muka cam familiar, tapi malu sebab takut kau je yang kenal dia, tapi dia tak kenal engkau kan? Don't be afraid, sebab aku pun selalu kena macam tu, tapi bila dah perkenalkan diri, mesti dia kenal punya.

First step
Memula kalau ko nak tegur orang tu, kena tengok keadaan dan tempatlah. Kalau tengok orang yang nak ditegur tu tengah makan atau borak kat telefon, tak payahla beriya-iya jugak nak tegur. Memang nak kena penampar la. Tapi kalau nampak dia tengah rileks, pilih bawang ke, pilih ikan ke, pilih baju ke, haaa..baru boleh tegur.

Second step
Bagi salam dulu. Assalamualaikum boleh, hello boleh, tumpang tanya boleh. Lepas tu bila dah dapat attract intention dia, terus masuk dengan dialog nih:
"Minta maaf, encik nih dari syarikat ABC ke? " ---> kalau ada work relation
"Tumpang tanya, pakcik nih mak/ayah/pakcik/makcik si anu ke? "----> kalau kaum kerabat kepada kawan korang
"Hi...you look familiar. Are you from sekolah so and so??" ---> kalau korang rasa dia tu kawan sekolah

Third step
Kalau dia mengiyakannya, apa lagi, sambunglah borak. Masa nihla kalau korang nak berlagak kerja besar, business bagus ehem bolehlah hulurkan namecard yang tak pernah abis tu kan?

TETAPI

Kalau dia kata salah orang, no problem...buat-buat la muka sorry korang (untuk kaber muka malu) pastu cakaplah pasal pelanduk dua serupa ke atau apa-apa peribahasa/perumpamaan Karam Singh Walia yang korang ingat. Jangan lupa, masih boleh menghulurkan namecard masa nih.

Itu sahaja. Mudah kan? Tapi kalau rasa susah sangat, tak payah tegur. Bebuat tak nampak. Tapi nanti kalau terserempak dan kali ni orang tu plak yang bersuara,
"Weeehhhh, aritu aku nampak ko kat Sogo la...amboi, sombong ko takmo tegur ek?"
korang rekalah pulak cerita,
"Laaaa....aku betul tak perasan, sibuk nak pilih tie nihaa...yagn ko kenapa tak tegur aku??"

Hehehhehe...reverse psychology! Nampak macam kawan korang la yang taknak tegur dulu, padahal korang yang berat mulut!!!!

Inilah tips yang boleh korang guna kalau nak. Ok, pasal reverse psychology tu, nanti aku sambung lain kali..

2 comments:

lyn said...

aku dok teringat si wak lan cerita yg dia terserempak dgn my friend yg he doesnt really like at a mall here. dia pura2 macam rushing for something so that he doesnt have to stay and chat with "my friend" tuh... :P

Aida Manap said...

hahahahahahaha...
biasala, i kalau tiba mood malas nak tegur org, macam tu jugak laa... :p