::Azam Akhir Tahun::

Hahah!! Orang lain semua azam awal tahun, aku azam akhir tahun. Tapi tak salah kan? Dalam tahun perakaunan pun, tak semestinya Penyata Perakaunan korang dari 1 Januari sampai 31 Disember kan? It can be from 1 Julai sampai 30 Jun kan?

Motif aku bukak citer pasal akaun ni kenapa? Nak tunjuk terer akaun ke?

Sebenarnya macam yang aku tulis dalam entry wake up call nih, sekarang nih aku dah mula sedar, dalam proses kerja aku memang banyak kelemahan aku. Especiallay bila last weekend, semua officer dari yang junior sampailah yang senior telah digrilled dan disedarkan oleh Jeneral kat opis ni. Well, for me whatever he explained and informed make sense to me tapi tak tau la apa pandangan orang lain.

Untuk memastikan aku ni pegawai kerajaan yang ada tambah nilai (value added) aku VOW untuk memastikan perkara-perkara di bawah diLAKSANAkan sehingga aku pencen!!!

Teliti sikit dalam Kerja
This one aku akui, my weakness sangat-sangat. Aku punya prinsip senang je, kalau nama aku salah selain yang ditulis dicek, aku takkan kisah sebab bagi aku it is a small matter. Macam tu jugak dengan kalau tersalah-salah sikit, tuan/puan and so on. Tapi sebenarnya impak dia amat besar!!! Penerima akan terus pandang rendah kalau dapat surat macam tu seolah-olah agensi cuai. Aku rasa aku pun kalau dapat surat yang caca merba, kejap tuan, kejap puan, mesti rasa orang yang buat kerja tu cincai je kan?
SOLUTION - semak surat/memo/dokumen at least 3 kali before sign.

Ambil serius dengan kerja
Selama nih aku bukan tak serius tapi sebab kurang rasa cinta degnan kerja sekarang, maka kurang effort yang diletakkan dalam kerja. Tapi lepas explanation from Jeneral, especially part yang orang takkan cari kita kalau takde problem, aku mula sedar. Mungkin apa yang aku buat tu kecik saja, tapi mungkin disebabkan aku, sebarang keputusan yang diambil oleh Kementerian mendatangkan perubahan dan kesan yang drastik keseluruhannya.
SOLUTION - ambil serius dalam sebarang kerja. Put your 100% effort in it!!!.

Be creative in Your Work For God Sake!!!
Cuba la kamu ni Aida, think out of the box sikit!!! Sistem tu memanglah ada untuk diikuti tapi mestilah creative sikit untuk selesaikan kerja. Ok??
SOLUTION - aiseh, pergi kursus creative thinking nak?

Knowledge must tambah...lagi dan lagi
Selalu orang kata kerja kami ni posmen, sebab takde ilmu pengetahuan lebih. Tapi now, kena study lebih sikit...lebih knowledge, lebihla orang respect, kan?
SOLUTION - study..study...study lagik!!

Love what you do!!
Tajuk dia pun dah jelas,no need solution and whatsoeverla kan.

All in all, i am grateful having Jeneral to guide me, walaupun dari jauh. Memang dia berbeza dengan Jeneral aku yang dulu. And now, I respect him more and look him through different perspectives. Thank you sir!!!

2 comments:

Hambali ® said...

Salam Aida .... ni baru 1st time nak kasi komen kat blog ko hehe.

Semuanya aku setuju kecuali bab nak kena jadi lebih kreatif tu.

Rasanya tak perlu ke kursus kot sebab kursus tu sendiri akan buatkan kita jadi tak kreatif. Balik sure kite nak apply dengan apa yang kita belaja di kursus dan secara tak langsung menjadikan kita tak kreatif. Hehe

Aida Manap said...

Salam...heheh..takpe..takpe...banyak2 komen pun aku suka..

hahahaha..aku suka komen ko yang pasal kursus kreatif tu..tp kalau didengar dek intan, musti kecik ati dia, almaklumlah, creative thinking tu kan ada dlm senarai kursus diaorg..:p