Dalam hidup ni, kita tak lari dari membuat pengorbanan. Kengkadang nampak kecik, tapi pengorbanan kita tu mungkin dapat membahagiakan orang lain.
Saya beri contoh, katakan kamu bershopping di Mid Valley dan telah tertarik dengan kasut Charles and Keith, memang cun gila, kebetulan pulak tinggal last pair plak tu. Tapi disebabkan masalah ekonomi, maka telah tak mampu dan "berkorban" untuk tidak membeli kasut tu. Rupa-rupanya ada shopper lain pun minat kasut tu tapi sebab kamu dah pegang dulu, dia pun tengok jelah. Bila kamu beredar tanpa membawa kasut tu, sepantas kilat shopper tu beli dan sepanjang hari tu dia tersengeh sebab dapat kasut idaman. See, dengan kamu "berkorban", orang lain akan gembira..
Nampak macam tak relevan aje kan, tapi itulah hakikat sebenarnya. Aku malas la nak cerita orang yang berkorban buah pinggang untuk derma kat orang, berkorban benarkan suami kahwin lagi, berkorban jiwa raga untuk orang tersayang, sebab itu pengorbanan yang terlalu besar dan amat Mahakarya Cinta (err, Faizal Tahir, pinjam title lagu sekejap).
Pengorbanan aku selama ni pun sebenarnya tak berapa nampak, tapi mungkin mendatangkan kesan dalam family aku. Contohnya, disebabkan oleh ekonomi family aku yang agak kurang baik (kami hidup tak mewah, tapi setakat cukup-cukup sahaja), maka aku korbankan niat untuk masuk boarding school walaupun result UPSR dan PMR aku quite good. Dengan pengorbanan aku ni, takdela susah mak ayah nak carik duit semata-mata nak sekolahkan aku kan? Admit it..sekolah harian dan sekolah berasrama, memang jauh beza belanjanya. Alhamdulillah aku tetap berjaya.
Sebelum aku kahwin pun, since aku sahaja yang tinggal ngan mak ayah dan masih single, aku banyak "korban"kan time free aku bersama-sama kawan and ehem, boyfriend untuk temankan my parents shopping/balik kampung/holiday/pegi wedding. Walaupun tak selalu, at least aku rasa itu mampu buat parents aku happy.
So, cuba korang nilai balik, pengorbanan korang dan kesannya. Kalau tak banyak, cuba niat untuk tambahkan lagi. Kalau takde langsung, nampak sangatlah korang ni sungguh self centered"..huh, takmo kawan!!!!
Oh...sebelum saya lupa..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!!
6 comments:
nasib baik kau tak gi boarding school makcik.... tidak kalau macam mana nak ber- ramas mesra dgn kau.... :)
eh, can laa....look at manda and leeysha....but i still missed our "letter time" masa Uni dulu laa...hahahhahah
ouhh sy memg terpublish entry tak siap.
slamt hr raya btw
huhuhu
wakakaka.... ya loh ya loh.... adoi la hai... berutus surat la bagai!
hazirah, dah tetua ni malas plak mau tulis-tulis surat semua...hahahah
raya card oso sudah tidak ada..heeee...sms jela.. :D
hahaha... sms mahal! email or YM je... tak pun gi FB, tinggalkan comment kat wall :P
Post a Comment