::Mari Join Kem Agama::

Cuti sekolah secara officially sudah mula. Maka mak ayah pun peninglah kepala, yerla, nak kena plan holiday kat mana plak tahun nih kan? Untuk selamatkan keadaan, maka anak-anak akan dihantar balik ke kampung dengan alasan menemankan atuk nenek kat kampung. Tapi diaorang tak tahu, bila hantar anak-anak balik kampung, atuk nenek plak pening kepala..Heh!!

Masa aku dulu, mak ayah ambik satu langkah ke hadapan (wah cam lagu DPA plak). Memandangkan kat area rumah aku nih sekolah agama pun ikut time sekolah kebangsaan, so aku ngan kakak adik aku dihantar pergi sekolah agama kat kampung. Memang kat sekolah agama ni dia ajar complete pasal agama, especially bab sembahyang (wajib dan sunat), ajar mengaji, ajar tulisan khat. Dan yang paling best, kelas dia takdela mendera sangat. Cuma kena bangun pukul 5.30 pagi nak qiamullail pastu tidur pukul 10.00 malam, kira okla kan?


So bagi parents yang tak tau nak hantar anak pegi mana cuti-cuti sekolah nih, bolehla try hantar anak kat kem agama ni. Err, jangan tanya aku lelebih, sebab aku cuma menyampaikan sahaja. Anything, sila call nombor yang tertera kat brosur tu ye..

klik kat gambar kalau nak enlarge image

klik kat gambar kalau nak enlarge image

2 comments:

lyn said...

aku dah click kat gambar.... still kecik. kena pakai magnifying glass

Aida Manap said...

ye ker? aiseh..will ask itu encik azwan tu rectify...