Memula masa aku start jual secondhand books online tu, manalah reti sangat marketing, aku harapkan dok mengshout-outkan kat FB ngan blog ni ajela...tapi lupa plak, macam la blog aku nih selalu sangat orang baca kan?
Hari-hari bersemangat untuk check online blog tu, mana tau order masuk, sekali tengok kosong je. Aku pun bercadangla nak mngglamerkan link aku nih kat blog yang jual secondhand book jugak, tapi fikir balik, takkan la diaorang nak linkkan ye tak? Dah diaorang pun jual sama.
-tetiba jadi mata duitan kalau buku habis dijual..-
So aku pun teraila masuk mudah.com.my tu. Ingatkan senang, rupanya terus kena reject, sebabnya nak masuk advert situ satu barang sahaja ye!!! Yang aku nak pomot, siap blog skalik, terus dia reject!!!
Maka pada satu hari semasa menyinggah blog Kak Red, baru aku terfikir, "eh, kalau aku masukkan kat GBM nih pun macam good idea kan?" Dan telah selamat meregister di situ. First few days cenggitu jugak, excited untuk check, tapi takde jugak sebarang good news sehingga aku dah malas check.
Tapi entah macam mana, hari ni aku check email dan alhamdulillah sudah ada buyer untuk buku-buku aku tu!!! First buyer terus borong 5 buah sekali!!!!
To Kak Red, thanx a lot. Kalau Kak Red takde Column GBM tu, mungkin buku-buku saya masih terperuk dan tak laku. Dan untuk bakal-bakal buyer, jemputlah singgah ke blog buku secondhand saya nih...
Sehingga hari ini saya masih tersenyum sendiri.. alhamdulillah rezeki...
1 comment:
yeay!!!!!! CONGRATS!
i tgh jual my boys punya baju's kat ebay. some of which, i dont remember pun buying (means... anak aku belum pakai pun baju tu!)
Ada another 22hours till close bid... but the amount org dah bid is AU$98. so i wonder how much i'll make when the bid closes
next, i need to list their old bicycles, play gym, and shoes.... malasnye!
Post a Comment