-Go Away, Don't Come Again!!!-

Macam yang telah diceritakan dalam entry yang ini, maka pada 5 November hari tu, menenggeklah aku di klinik gynaecology PPUM tu untuk check up yang dah ke berapa dah. Sekarang nih masuk hospital dah biasa dah, sampai dah tau selok belok hospital. Macam tu jugak agaknya perasaan orang yang memang kerap keluar masuk hospital kan?

Dan aku rasa kengkadang aku nih ada sixth sense, tapi sixth sense nih hanya relevan dengan diri aku je. Contohnya kalau aku rasa aku terpilih untuk buat kerja, hati aku dah terdetik dah, memang aku yang kena, and suddenly bos panggil nama aku. Or kalau aku rasa benda tu nothing, aku takkan rasa takut, sama macam bila aku dapat tau aku ada fibroid nih, aku cool sahaja.

Bila number aku dipanggil, aku pun dengan confidentnya mengadap foreign doctor (middle east la, aku tak sure which country) and masa nih la bersyukur sebab sekolah kat Sri Aman (ehem) maksudnya, bolehlah converse baik dengan doctor tu.

Tunggu turn punyalah lama kan, jumpa doctor tu sekejap dia, dia bagitau fibroid aku tu tidak merbahaya, still kecil so nothing to worry about. But they will monitor my situation, in 4 months time, i have to come again and buat ultrasound. Doctor nak tengok fibroid tu dah shrink or makin besar. Kalau besar, kena lah operate..

So, USANA, please do your miracle to me, ya?? Kalau fibroid saya mengecil, sungguh gumbira hati ini!!! Dalam hati jugak berdoa, hopefully masa tu si kecil dah berenang-renang di dalam tummy saya..:) aaaaammmiiinnn

5 comments:

lyn said...

oi... apa kena mengena Sri Aman dgn itu foreign doctor woi? :)

Aida Manap said...

yerla..just imagine kalau aku sekolah menengah kebangsaan batu seploh ka, mestilah my english masuk longkang punya!!!! heheheh

lyn said...

kah kah kah.... aku dulu kat UUM tarak belajar english ka?

Aida Manap said...

ko? deeyyyy..bila ko belajar uum laa???

lyn said...

eh eh..... wrong word...

KAU dulu kat UUM tarak belajar english ka?