::Copy Cat oooo Copy Cat::

Cuaca kat Putrajaya skang nih tengah ala-ala mendung..bila cenggitu cuacanya, mood aku pun ala-ala mendung la jugak, tetiba masa tu teringat nak carik maklumat pasal pregnancy and haid and subur and...okla, korang paham la kan apa aku nak cuba sampaikan ye..

Memula masuk google, aku pun search la pasal kitaran haid and aku sampai kat blog GH Syukri. Penerangan memang jelas dan tiptop. Pastu aku survey-survey la entry lain dan ada la entry pasal petua untuk mengandung.

Ok fine la, dapat jugak aku tips-tips untuk mengandung...

So, aku pun bloghopping la ke web yang lain dan sampailah ke blog asida. Dan kebetulan blog ni pun cerita pasal haid, hamil, pregnant and whatsoever..aku tertarik dengan satu entry dia - antara punca isteri sukar mengandung and to my surprise, sebijik sepotet entry dia sama ngan entry kat atas tu!!!! Starting pun sama, jiran pun sama ok!!!!!

Cuma web GH Syukri tu ada letak ayat yang perlu dibaca, siap scan lagik handwriting tu tapi blog Asida takde...so I guess kita boleh tau la sapa yang copy sapa kutt..

Kalau korang tak caya aku tulis nih, bukak kedua-dua entry tu and nilai sendiri....sejibik ok!!!!

4 comments:

GH Syukri said...

Wah...nama saya oleh disebut dalam blog ini. Alahai segan la pulak. huhu

Apa2pun, thank you sebab tolong highlight kan isu copy cat ni.

Sebetulnya tabiat copy & paste memang menular dengan hebat sekali dikalangan blogger.

Pada saya, saya tidak ada masalah untuk copy & paste pun sebab memang tujuan artikel tu adalah untuk dikongsikan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Tapi, kalau nak copy & paste pun, kena la kredit kan sumber nya. Letakkan link sumber info/artikel yang dicopy paste tu...baru lah adil.

Apa2pun, sebaiknya, seorang blogger tulen kena la menulis dengan gaya yang tersendiri. Kalau setakat copy & paste, memang mudah, tapi tiadalah keunikannya. Pembaca pun akan cepat bosan nanti...percayalah...

Aida Manap said...

Encik GH...semestinya, kredit itu penting...tapi kalau dah copy bulat2 tu, siap kata ganti nama pun sama, macam mana tu? :)

GH Syukri said...

saman sajalah...hehe

Aida Manap said...

heheh...saman ye?
wah, entry membeli durian nampak encik syukri?? :D