::Duit Jatuh Dari Langit - Second Entry::

Betullah....rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk..kengkadang bila tak tersangka pun dia datang kan?

Ada dua nasihat yang aku pegang sampai sekarang berkaitan dengan rezeki:

(i) segeralah bayar hutang sebab kalau melewatkan bayar hutang, maka rezeki pun lambat nak masuk
Itu pasal la aku tak senang duduk kalau tau ada hutang ngan orang (kecuali hutang credit card, ok?). Mesti cecepat nak bayar kalau ada extra income, termasuk kalau hutang ngan Siti Bank..bukan Citibank ye, sebab Siti Bank ni adalah hutang aku ngan mak...huhuhu

(ii) kalau ada duit lebih, dan kalau ada orang yang memerlukan nak guna, bagilah dia duit tu, insyaallah rezeki tu ada
Itu jugak yang aku selau buat. Recently, walaupun kalau ramai kakitangan Gomen agak kering sebab dua bulan berturut-turut gaji masuk awal, tapi bila ada *somebody* nak pinjam duit, aku bagi jugak dia pinjam sebab for me, masa tu dia lagi memerlukan duit tu.

Dan mungkin rezeki ku jugak, balik-balik dari opis semalam, ada 2 surat untuk aku. Surat pertama dari Celcom, biasalah, bil telefon la tu (huh...kopak aku...). Surat kedua, payment order dari Etika Insurance sebab aku keluar dari polisi insurans. Jumlah dia?



Hehehe, korang teka jelah berapa jumlah dia ek? Nak tunggu aku letak gambar cheque dari Nuffnang, tak tau tahun bila la kan? So, tunjuk cheque insurans ni pun ok la jugak. :D

Oh, sekadar penjelasan tambahan. Aku keluar dari Etika Insurans nih sebab aku masuk insurans lain plak. Reason aku keluar Etika ni sebab agent aku dah lama berenti kerja ngan Etika, so bagi aku kalau agent aku pun tak yakin ngan company dia, baiklah aku pun cabut kan? Maklumla, kalau ada apa-apa jadi kat aku, sapa nak tolong aku nanti kan?

No comments: