Aku nih bukanlah seorang yang suka ikut trend. Kalau korang tengok closet aku dari zaman sekolah, zaman U sampai la kerja dah tua-tua cenggini, sama je. Kalau kerja, memang baju kurung memanjang, kalau nak horey-horey, adalah suka dengan memakai jeans dan top yang ala-ala tee shirt. Tudung plak, memang tetap dan berpencen, tudung bawal, tak kiralah bawal first class ke second class ke bawal putih ke bawal hitam ke, yang penting bawal. Bila pakai tudung bawal ni terasa...ohsayasungguhcun!!!!!
Bukannya tak pernah cadang nak tukar style. Adalah jugak buat baju kurung moden dua tiga pasang, baju kurung pesak ngan baju kebaya, tapi sudahnya tetap tarik baju kurung jugak untuk dipakai. Tudung pun macam tu, penat beli tudung munawarah la, tudung ekin la, tetap nak pakai jugak tudung style makcik-makcik.
- bila la aku nak pakai tudung macam kat atas ni? gambar pinjaman site ni -
Di satu malam, masa berjalan-jalan di MV ngan encik suami, tetiba tersinggah kat stall-stall yang jual barangan comel-comel kat tetengah laluan tu. Tengok punya tengok, ternampak earring yang tergantung-gantung tu..ish, saya memang suka tengok orang pakai earring tu, tapi tak terasa nak beli sebab macam tak praktikal, bila plak aku nak memakainya kan?
Tapi sebab aritu niat menyopping telah menggila, teruslah terbeli tiga..cantik kan? Ada kaler hijau, hitam dan purple. Oh, i am SOOOO in love with the green earring tu.. :)
Oh, disebabkan tidak boleh pakai ini di luar, maka saya melawa memakai earring ini di rumah sahaja dan untuk encik suami :)
5 comments:
hi hi... some of the tudungs aaa i tell you.... is much fancier than a facinator! (some facinator can also be OUTRAGEOUSLY ridiculous gak)
im like you kot. i like the simple2 tudung (not that i wear it... but suka tgk and belikan my mum)
yepp...eventho i waer tudung bawal, i dont like yg too many stones tu...berat lagi adala!!!
tudung bawal best pasal it sticks to your hair.....
but the new ones are not that bad. sarung then jalan..... pin pun tak yah pakai. lawa!!!
i cant wear that type of tudung la i guess...my muka akan nampak soooo round!!!!!
hahaha mmg pun!!! (coz ive tried my mums!!) i look like that Ladybug from that Bugs Life cartoon....
Post a Comment