Disebabkan terasa sudah terer berenang (walopon breast stroke ku rasanya macam katak kene karan berenang..) jadi telah berjanji dengan diri sendiri untuk membelikan swimming suit baru yang lebih menutup aurat.
Ok, the truth is, janji yang atas tu tipu sebenarnya, beli swimming suit baru bukan nak tutup aurat (heh) tapi lebih nak tutup kulit sebab baru dua minggu swimming, kulit rasa macam dah sunburn teruk. Tu baru swimming 1 jam seminggu tu. Oh, tutup aurat tu kira janji sampingan la..heh..
Dulu, my swimming suit tu ala scuba diving half, semua half (lengan half, tang kaki pun tutup sampai lutut je). Jadi bila dah tengok kulit makin garing, dan semua muslimah-muslimah di situ auratnya sopan, aku pun bercadang nak beli burkina...eh, bukan burkina faso ye, itu nama negara! Ini burkina or in other word, muslimah swimming suit.
::Inilah muslimah swimming suitnya. Photos taken from this site::
Maka telah semangatnya pergi ke JJ Mid Valley, tempat pertama yang dituju, of course la sport section. Memula tengok muslimah swimming suit brand ogival, aiseh RM255.00 kalau tak silap, complete set..dah la tak cantik. Pastu tengok plak brand arena..huh..lagila mahal, RM299 you!!! Oit, mahal-mahal jual, aku bukannya pro, novice pun tak lepas lagik!!!
So in the end, pilihla yang paling murah dan paling menutup aurat, swimming suit ala scuba diving tuhaa...
::pilihan saya sekeluarga...::
::nak jugak tunjuk brand tu!!!::
Ala, korang mesti cakap, "ala, belilah swimming suit muslimah online, kan banyak...". Memang banyak,in fact i have one yang siap berskirt tu. Tapi aku rasa kualiti masih tak memuaskan, sebab kalau aku pakai dia tak bebetul melekat kat badan, masih ada rasa longgar-longgar..maybe cutting dia tak sesuai agaknya.
Apa-apa pun, lepas nih aku rasa pembekal nih kena tukar mindset la...u ask people to wear something decent, tapi baju yang tutup aurat semua mahal..macam mana tu?
3 comments:
snap gambar la Temah... aku mau tgk!
snap gambar aku ke limah?? aiyyooo...len tawon..hhehehhee
snap gambar aku ke limah?? aiyyooo...len tawon..hhehehhee
Post a Comment