Siapa yang lama duduk di sekitar Petaling Jaya, mesti familiar dengan dua landmark dia yang paling famous - Masjid Bulat and Jaya Shopping Complex.
Itu jugaklah landmark yang aku selalu mention kat orang kalau nak cerita aku tinggal kat mana.
Ok, itu sebelum tahun 2009 ye, sebab sekarang nih dah macam-macam ada, Jaya 33 la Jaya One la, Dataran 3 2 la...aku pun kengkadang tak tau kat manala tempat-tempat tu.
Disebabkan kedua-dua landmark ini begitu sinonim dengan Seksyen 14, maka bila berita Jaya Shopping Complex collapsed dulu, memang ramai yang terkejut. Mungkin banyak kenangan manis di situ, dating di Johnny's, kerja di Reject Shop, makan di Cable Car, dan macam-macam lagi. Bukan kenangan aku la..kenangan orang lain. Tak kuasa I nak dating dekat belakang rumah sendiri.
Selepas berita runtuhan tu (and bila kawasan tu dah kena blocked) kalau lalu kat situ, memang tak nampak pun perubahan dari masa dia runtuh. Kalau ikut suratkhabar, kerja-kerja untuk terus meruntuhkan Jaya masih tak dapat diteruskan sebab kena freeze. Tapi semalam masa aku lalu kat situ, dah ada perubahan.
Wahh, sudah clear sedikit!!! Dulu still ada lagi bangunan tinggi-tinggi, skang dah licin dah!!
At least dah nampak la perubahannya, dah start dirobohkan balik. Oklah tu, tak sabar nak tunggu building apa pulak yang dirancang untuk ganti Jaya Shopping Complex. Kalau complete macam One Utama or Mid Valley, harus aku lepas nih melepak jalan kaki saja!
No comments:
Post a Comment